29 May 2011

NASI AYAM GORENG



ASSALAMUALAIKUM.......

masa wani tulis latest entry ni sekarang pukul 12:32 malam... tadi tengok cerita cerekarama yang bertajuk " TASBIH CINTA QADIJAH".. terharunya wani bila tengok cerita tu sampai mengalir air mata ... bila tengok liku-liku kehidupan yang telah dilalui oleh seorang wanita bernama Qadijah. boleh dijadikan pengajaran kepada kita . wani ni kalau tengok bab2 yang menyentuh kehidupan wanita memang wani akan berasa touching sikit. "yang mana yang baik datang dari Allah, yang mana yang buruk datang dari kita juga" hehe masih terngiang2 dekat telinga lagi kata2 tu. semoga Allah memberkati kita semua dalam apa jua yang kita lakukan dalam kehidupan ini.



NASI AYAM GORENG
Prepared by: wani
resource: Azlita Aziz@masam manis

1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar rempah kari

Ayam di potong 12, bersihkan dan toskan. Gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari. Perap sebentar dan goreng seperti biasa. (jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan

Nasi

 1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan
4 1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair

Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.

alahai dekat ayam tu pun masih ada terlekat biji-biji nasi..
Komen
4 Komen

4 comments:

QuLMinD said...

salam
mcm sedap je nk try gak ni

Wani said...

SALAM qul mind .. a'ahh memang sedap pun .. rasa macam nasi minyak :)

MissAsma said...

waaahhhhhh.........

Wani said...

MEMANG SEDAP NI HEHE

Blog Wani Sukarno Copyright © 2018. Designed by MaiGraphicDesign