Cara Buat Kuah Rojak Homemade Simple Dan Paling Sedap

Cara Buat Kuah Rojak Homemade Simple Dan Paling Sedap | Resepi kuah rojak buah sebenarnya banyak versi yang orang buat. Kalau sebut kuah rojak buah, kuah rojak mak bee yang sentiasa disebut - sebut kan. Pekat kuahnya, sedap kalau nak cicah dengan buah - buah kegemaran. Selalunya yang itu sis beli siap.

Kali ini sis nak kongsi, resepi kuah rojak simple ala Mak Bee. Kuah rojak homemade yang mudah nak buat dan sudah tentu sedap sangat. Tekstur yang pekat dan penuh rasa kacang. Sesuai dicicah dengan pelbagai jenis buah yang bersesuaian.




Cara Buat Kuah Rojak Homemade Simple Dan Paling Sedap 

Bahan - Bahan 
4 sudu besar gula halus
1 1/4 cawan kicap manis
1 1/2 kacang tanah kisar
Garam secukup rasa
12 biji cili padi
1 1/4 gula melaka ( terpulang boleh suai rasa )
3 sudu besar bijan panggang
Belacan secukupnya

Cara - Cara 
1. Tumbuk cili api dan garam hingga lumat.
2. Kemudian, masukkan belacan dan tumbuk lagi hingga lumat.
3. Masukkan gula melaka dan tumbuk lagi hingga hancur.
4. Dalam bekas lain, masukkan bahan tumbuk tadi dan masukkan gula halus, kicap manis, kacang tanah kisad dan bijan panggang.
5. Gaul rata dan boleh dihidangkan.

Nota 
1. Mana - mana bahan boleh adjust ikut rasa ya.

Baca juga Cara Buat Pes Tom Yam Homemade Mudah



5 Comments

  1. Salam Wani...wah bikin berliur je kuah rojak tu..ngam sangat dengan jambu batu..

    ReplyDelete
  2. kalau bagi nani makan ni satu hari tak makan mende lain pon takpe! suke sgt kuah rojak ni..

    ReplyDelete
  3. ..kalu sesiapa nak try kuah rojak mak bee (yg ready made)bleh cuba gi ke http://madeinkedah.blogspot.com nie TQ

    ReplyDelete
  4. Nk cuba sebab esok ada perkhemahan Tunas Puteri, nk mkn ramai-ramai. tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post