BISKUT ARAB SUSU

ASSALAMUALAIKUM.......




dah habis beraya dah ke ? belum lagi kan ..hihi  walau esok dah start hari kerja tapi rasa-rasanya mood Syawal tu masih lagi menebal kan. lebih-lebih lagi  hari Jumaat ni pun cuti umum sempena hari kemerdekaan Malaysia.. rasa masih lagi ramai yang buat open house..  wani semalam letih teramat sangat sebab ada open house kat rumah ..menu macam biasa di hari raya buat kuzi ayam dan roti jala.. tak buat banyak menu sebab bonda tahu wani ni mudah kepenatan sikit.. panggil saudara-mara terdekat je. penat tak penatnya bila time nak menjala tuh .. wani seorang yang menjala.. yang lain tu nak buat tak berapa nak reti sangat ..oklah berbalik lagi kepada cookies raya ..bila sebut cookies raya ni, kepuasan wani sebenarnya bila nak membuat biskut tu tapi bila nak makan nya tak berapa lalu nak makan pulak..  lebih seronok nak buat dari makan sebenarnya hihi...

sebenarnya biskut arab susu ni biskut pertama yang wani buat untuk raya tahun ini... bila dengar je nama cookies ni ..fikir punya fikir ada kelainan ke .. sebab letak susu.. biasa buat biskut arab tak letak susu pun .. apapun bila dah cuba emm lebih kurang je dengan yang biasa buat cuma ada bau susu sikit.. tapi sedap lah jugak  melting in your mouth...siapa-siapa nak cuba boleh la buat untuk raya tahun depan.. atau kalau nak buat time bukan raya pun apa salahnya.. cookies ni bila-bila masa pun boleh makan ^__^.. resepi cookies ni wani ambil dari blog kak yatie sekali lagi.. terima kasih kak yatie sudi berkongsi .. biskut arab ni wani salut dengan gula icing lepas bakar .. gambar- gambar ni semua pun masih berada dalam loyang.. kemalasan nak atur letak dalam pinggan bagai..gambar kat bawah ni yang dah masak .. memang gebu..biskut ni wani bakar dalam suhu 140 C dalam 15 minit.



BISKUT ARAB SUSU
SOURCE: SINAR KEHIDUPANKU

 Bahan-Bahan
  • 2 cwn Susu tepung ( biasa guna susu nespray)
  • 2 cwn minyk sapi-(tak perlu di cairkan dulu)
  • sedikit garam
  • 7 cwn tepung gandum(di ayak)
  • ceri merah secukupnya-potong kecil2
** Gula aising ( utk gaul biskut bila dah masak sahaja)

Cara-Cara

  1. Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
  3. Bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180 C.
  4. Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising.siap! 

1 Comments

  1. terima kasih,, boleh cuba.
    jemput singgah blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post