BAH KUNING (PART 2)

ASSALAMUALAIKUM....



throwback gambar ni kalau tak silap raya tahun 2011..masa ni balik Kampung Tasik, Rantau Panjang parking kereta jauh sikit dekat jambatan belakang sejajar jauh sikit dengan rumah pusaka arwah nenek dan atuk.. nampak tak jambatan besi tu kat belakang... kat situ tempat permainan wani zaman budak budak dulu.. memang happening main dengan sepupu sepapat..main masak masak pun kat situ jugak.. main sorok sorok pun kat situ jugak... kat situ jugaklah wani tengok arwah atuk bawak balik lembu lembu lintas tasik ni masa petang.. nak bawak balik masuk kandang .. jadinya lembu lembu terpaksa mengharungi air tasik ni dari seberang sana nak ke seberang sini.. memang patuh arahan lembu lembu ni dekat arwah atuk .. beratur macam itik hiii.. arwah atuk ni memang penyayang sungguh dekat haiwan .. jaga macam keluarga sendiri..

sebenarnya macam dah lari tajuk sikit .. jambatan besi tu zaman arwah atuk kecik kecik lagi dah ada .. bila wani tanya bonda wani dia cakap zaman moyang dia buat jambatan besi ni..zaman British.. jambatan besi ni penghubung nak pergi ke Siam satu masa dulu.. masa kampung naik air 18 Disember tahun lepas .. sepupu wani cakap dari rumah dia tu dapat dengar bunyi hentaman air dekat jambatan besi ni.. bayangkan tinggi nya air dapat cecah jambatan besi... sampah sarap boleh melekat kat jambatan besi ni.. memang tenggelam satu badan kalau lalu kat sini.. tapi inilah satu-satunya penghubung.. masa bonda nak pindah ke Sekolah Kebangsaan Gual Periuk. semasa bah besar tahun 1967..


nak letak lagi gambar berbaki masa bah baru baru ini.. rasa nak buat kenangan kat sini.. mana tau apa nak jadi dengan lappy , at least boleh jugak tengok kat blog.. biarlah gambar pulak berbicara. air bah tahun ni memang kuning sangat bila dah surut ,,memang  berlumpur pelik..  ini lah tahun pertama sesi persekolahan start lambat kan..

dan ada salah satu short video wani suka tengok pasal bah kuning ni dari  Nasrullah Napi masuk dalam astro awani baru baru ni. beliau merakam dengan menggunakan Iphone.. tapi memang great video...

gah nama Kelantan sekejap sejak dari tahun lepas sampailah sekarang.. program pasca banjir masih giat dijalankan ..banyak kerugian yang perlu ditanggung.. disebabkan bencana alam... dengar kata .. bajet untuk tahun 2015 dah lari ..walaubagaimanapun ,, keperluan rakyat mesti didahulukan.. kan.. rasa masih ada lagi gambar ..insyaAllah kalau rajin akan update..















tesco ni memang berhampiran dengan sungai kelantan

jalan nak pergi rumah mak sedara, Pasir Mas .. tempat ni memang tak pernah naik air sebelum ni..tapi kat sini dah paras pinggang 




1 Comments

  1. memang teruk sangat keadaan banjir tu kan wani..alhamdulillah keadaan sudah semakin membaik dan pelbagai bantuan telah disalurkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post