Resepi Bubble Rice Choco Bar Rangup, Sedap Dan Mudah

Resepi Bubble Rice Choco Bar Rangup, Sedap Dan Mudah | Salam semua, banyak sebenarnya boleh buat dengan bubble rice ni, tapi tekak sis setakat ini masuk dengan coklat. Kali ini jumpa lagi resepi guna bubble rice mudah untuk peminat bubble rice di luar sana. Bubble rice choco bar rangup. Resepi ni bukan resepi 2 bahan ya, cuma ada bahan tokok tambah sikit nak bagi sedap. Bubble rice ni ada yang warna coklat dan ada yang putih. Yang sis guna ni yang coklat. Nak beli bubble rice kosong boleh beli di kedai bakery atau online. Siapa peminat bubble rice boleh cuba resepi ni ya. 


resepi bubble rice choco bar

Resepi asal tak letak almond nibs, tapi sis letak dan seeloknya kalau cincang lagi ok. Walaupun almond nibs tu dah saiz kecik. Biasa dengar 2 bahan kan tapi yang ini ada letak peanut butter. Sedap tau, rangup bila kunyah tu ada kekacang sekali.
 
resepi bubble rice choco bar

Resepi Bubble Rice Choco Bar Rangup, Sedap Dan Mudah

Bahan - Bahan
170gm bubble rice
260gm coklat compound dicincang kasar ( milk compoud chocolate )
50gm almond nibs ( dipanggang ) dan dicincang ( Optional )
1 sudu besar mentega
3 sudu besar peanut butter ( wani guna sudu makan )
1 sudu besar madu atau boleh ganti dengan golden syrup

Cara - Cara
1. Dalam satu bekas tahan panas, masukkan coklat compoud. Dalam satu periuk yang berisi air, letakkan mangkuk yang ada coklat tu ke dalam periuk tersebut ( kaedah double boiler )
2. Pastikan mangkuk yang ada coklat tidak tersentuh dengan air panas kat bawah tu.
3. Bila dah nampak coklat mula cair kat bahagian bawah, masukkan mentega, peanut butter dan madu. kacau sekejap sehingga sebati.dan tutup api.
4. Masukkan lebihan coklat 60gm kacau sehingga coklat bergaul sebati.
5. Dalam mangkuk lain campurkan bubble rice dan almond nibs. Tuangkan coklat cair ke dalam adunan bubble rice dan gaul hingga coklat bersalut sekata dengan bubble rice.
6. Tuangkan dan ratakan ke dalam loyang yang dialas dengan kertas foil ataupun baking paper.
7. Sejukkan dalam peti dalam 4 jam atau semalaman dan barulah boleh dipotong.

Nota :

1. Lain kali, nak ratakan agak nipis sikit lagi sebab guna loyang empat segi 9 x 9" hasilnya agak tebal ataupun nak nampak kemas boleh guna rubber mould ingat nak beli la satu.
2. Pastikan lepas potong letak dalam bekas simpan dalam peti nak makan baru keluarkan. Tak syorkan simpan kat luar sebab sedap makan sejuk-sejuk.
3. Lagi banyak coklat compound ni lagi sedap. 

Baca Juga :
1. 13 Resepi Kek Mudah Guna Air Fryer

2. Resepi Kek Nestum Kukus Karamel Mudah Dan Moist

3. Resepi Kek Oreo Lembut Bakar Ikut Sukatan Cawan

3 Comments

  1. Nampak sangat sangat sangat tempting....

    ReplyDelete
  2. wahh senang jer nak buat dia...nnt nak cuba lah...cuti2 sem ni, banyak masa, boleh men-try resepi2 kak wani :D suke resepi ni! :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post