CHOCOLATE SOUFFLES

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua

hari ini kita terbang ke Perancis... hiii lama dah wani tak buat souffles ..salah satu dessert french.. padahal sekali je buat letak kat blog hiii ..kiranya ni kali kedua wani buat .. sekali tengok resepi souffles ni macam nak buat kek cipon.. tapi kek cipon ni ia macam spongy sikit ..tapi souffles ni tak.ia .lembut ,,cottony gitu..  walaupun bahannya  nampak mudah tapi penyediaanya pun susah jugak especially untuk putar putih telur tu.. dan resepi pun berlambak kat internet macam tak tahu yang mana satu yang betul.. ada letak tepung, ada tak letak tepung  .. tapi wani prefer kena letak tepung ada la sikit tekstur tu .. sebelum ni buat tak pakai tepung ..saja nak bereksperimen.. yg ni pakai tepung jagung ..wani letak 1 sudu besar ..kek cipon pun ada resepi pakai campur tepung gandum dan  tepung jagung,, tekstur nya lembut nak banding pakai tepung gandum saja..

resepi asal tak pakai tepung ..tapi saja letak tepung.. hasilnya ..tekstur lembut .airy kat dalam tu .. lebih kurang la macam kek cipon tapi souffles ni lembut lagi.. resepi ni siapa-siapa yang nak cuba test boleh la sebab guna 2 biji telur sahaja. cuma part pukul putih telur tu jangan terlebih putar .. wani dapat dalam 3 ramekins.. rata-rata resepi makan dengan sos custard.. tak sempat la nak buat .. kalau ada lagi syok makan dan best makan direct lepas keluar oven ..



tapi jangan terkejut la lepas keluar oven tak sampai 2 minit terus kecut macam gambar kat atas ni hiiii.. yang first picture tu tinggal beberapa saat lagi nak kempis .. yg tu nampak la masih tinggi sikit kan..  jangan tengok ke rupa ..tapi tengok kat dalam tu ya.selamat mencuba :)

CHOCOLATE SOUFFLES
SUMBER: REALSIMPLE
SUMBER: DARI DUNIA DAPURKU

BAHAN-BAHAN
3 sudu besar mentega
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar tepung jagung
90gm coklat compound
1/2 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur
2 biji putih telur
2 sudu besar gula halus
secubit garam
secubit cream tartar

CARA-CARA
1. sediakan ramekin.gunakan satu sudu besar mentega untuk digriskan ke dalam ramekin dan taburkan sedikit serbuk koko kat dalam ramekin sehingga rata.
2. dengan kaedah double boiler, cairkan coklat dengan lebihan mentega tadi.kacau sekali sekala sehingga licin dan tidak berketul.
3. alihkan dari periuk dan masukkan vanila.masukkan kuning telur satu biji dalam satu masa dan kacau cepat-cepat sehingga sebati .masukkan tepung jagung diayak dan kacau rata, ketepikan
4. dalam satu mangkuk yang kering, putar putih telur sehingga berbuih, dan baru masukkan krim tartar dan gula dan putar sehingga kaku (tapi jangan terlalu kering )
5. kaup balik perlahan dengan adunan coklat tadi sehingga bergaul rata. sudukan dalam ramekin
6. bakar dalam oven dalam 25 minit  sehingga masak

NOTA: guna ramekin yang paling kecik nak bagi ia naik meninggi 

lepas keluar dari oven dalam 2 minit jer, souffles akan turun

sangat sesuai dimakan bersama sos kastard. resepi kat SINI

masih resepi yang sama cuma tambah 1 sudu besar tepung jagung kat dalam adunan coklat

pastikan adunan coklat betul-betul sejuk sebelum digaul dengan putih telur 



Post a Comment

Previous Post Next Post