Resepi Tomyam Ayam Thai Simple Dan Sedap ( Tanpa Guna Pes Segera )

ASSALAMUALAIKUM...


 Salam semua dan salam jumaat

Dah agak lama wani tak beli perencah tom yam.. Entah la macam anak tekak nak stop makan perencah tom yam dalam botol. Sebelum ni , kalau buat pun abah wani tak berapa nak makan tom yam, hairan jugak ingat dulu dia siap hirup saja tom yam ni sejak kebelakangan ni bukan menjadi kesukaan abah pulak. Mungkin bau dan rasa perencah tom yam sekarang.. Tak macam dulu.wani biasanya beli brand nona dan adabi.rasa kat malaysia itu je brand yang ada kan.. Yang cap siam tu, wani tak sentuh hii..bukan apa takut was was. Walaupun orang kata brand dari negara jiran ni lagi sedap. Lagipun , cuba tengok kat botol pasal bahan bahannya  tu.. Ada pengawet siap kan. 

Rasa macam dah lama tak buat tomyam.. Tapi itula bila nak buat jer..alah perencah tom yam pulak tak ada.. Kalau dah mindset asyik nak set takde perencah tom yam maka tak berapa sedap lah. Itu yang payah. Huu.. Bonda wani cakap ,orang dulu dulu masak tak guna perencah tom yam pun..haaa kan dah terkena  batang hidung sendiri. Wani rasa nak mengembalikan nostalgia dulu.bonda wani masak tom yam dulu dulu, dia tumis tapi guna perencah tom yam jugak haa.. Sebelum ni , sejak tengok resepi tomyam ni tak payah tumis,, pakai letak bahan sekali  harung jer... Dah tak main tumis2 dah.

Kali ini, terjumpa resepi dalam majalah aroma, tengok bahan tak pakai perencah tom yam.. Ehh dalam hati mungkin anak tekak dia boleh masuk makan. Warna kuah pun agak menarik merah cuma dia buat kelainan sikit dia blend lada besar dan tomato masuk dalam kuah.. Tak pernah buat lagi macam ni itu yang teruja sangat nak cuba tu.. 

Resepi dari Puan Sona.agak banyak sukatan bahan dia..boeh buat separuh bagi yang ingin kuantiti sedikit.  Wani ada tambah sos ikan jer. Sebab dia tak masukkan. Wani guna ayam dan fishball sahaja.  selamat mencuba!!

Resepi Tomyam Ayam Thai Simple Dan Sedap ( Tanpa Guna Pes Segera ) 

Bahan - Bahan 
600 gm ayam 
400 gm daging 
200 gm udang dan sotong 
7 ulas bawang putih diketuk 
2 biji bawang besar
5 biji tomato ( 3 biji dibelah 4 dan 2 biji diblend bersama lada besar masak )
10 - 15 biji cili padi diketuk 
2 biji lada besar masak ( diblend bersama tomato )
4 batang serai diketuk
Daun limau purut ( dibuang urat tengah )
2 biji limau nipis ambil jusnya
Sayur bunga kubis, kobis jepun, kobis biasa, daun bawang dan daun sup
Garam 
Gula 
Sos ikan  ( ikut suai rasa )
1 inci lengkuas diketuk 

Cara - Cara 
1. Rebuskan daging sehingga empuk
2. Masukkan ayam dan rebus seketika. Tambahkan sedikit air.
3. Masukkan bahan yag telah dikisar tadi iaitu tomato dan lada besar masak.
4. Masukkan sekali serai, bawang besar, bawang putih, lengkuas, dan cili padi diketuk
5. Tambah bahan perasa, sos ikan dan makanan laut tadi beserta sayur sayuran 
6. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan jus limau nipis.
7. Tutup api dan taburkan dengan daun bawang dan daun sup. boleh dihidangkan.

Nota: 
1. Kuah tak berapa nak merah sebab guna tomato yang kurang nak masak..Kena pandai seimbangkan rasa masam manis tom yam. 

2. Sis tumis bawang putih sebab nak ambil bau,  dalam resepi tak tumis, sayur - sayur pun tak letak 






2 Comments

  1. fav anak2 kaknoor ni wani kalau tomyam apa saja pun diarorang mmg cintan cintun tu

    ReplyDelete
  2. Wadeeehhh... semerbak bau tom yam... kita terus lompat tingkap datang sini....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post