OVERNIGHT OATS

ASSALAMUALAIKUM....


Salam semua

selamat berhujung minggu ..esok dah hari merdeka ... mesti ramai yang balik kampung.. oklah perkongsian hari ini.. dah lama blog menyepi jer..

Sejak tengok resepi overnight oats, dah lama teringin nak buat sejak bulan puasa lagi wani ternampak resepi ni, sekarang baru ada masa nak try. Wani memang peminat yogurt. Disebabkan dalam overnight oats ni ada letak yogurt..nak cubalah macam mana rasanya..rupanya sedap oat bila bermalam dalam peti sejuk ni..nape la tak terlintas dulu2 .susah jugak nak makan oats, sebab oats ni kan texture dia macam gummy gitu..bila buat macam ni lalu makan pulak ditambah pulak dengan buahan kering. Wani ada letak buahan kering yang masam2 sikit macam aprikot kering dan kismis hitam.. Yang tu jer ada stok kat rumah.. Nanti next time buat letak buah yang masam2 tu dan kekacang pulak.. Macam2 style orang buat ikut citarasa masing2.

Ini kali kedua dah buat. 1 balang kaca tu cukup dah mengenyangkan perut.Kalau boleh guna balang kaca taklah terlalu besar sangat.. Cukup2 untuk muat bahan2 tu dan nak gaul pun mudah..

Sihat pun sihat dan sesiapa yang nak healthy diet, makanlah overnights oat, rasa tak nanti nak buat makan untuk breakfast pun. Overday oats pun boleh haaa.. Buat pagi tapi makan untuk malam hiii.oklah jom semak resepi sangat la mudah..sebenarnya resepi asal sukat untuk yogurt tu, tapi wani guna yang 1 tube yogurt dalam bekas tu senang tak payah nak sukat2.sedang elok jer sebati dengan oat.resepi dah diolah dari resepi asal



OVERNIGHT OATS 
SUMBER: Sedaptube.com

BAHAN- BAHAN

1 tube yogurt pelbagai perisa 135 gm ( wani guna perisa cappucino & nata de coco )
1/3 cawan oat
 3 sudu besar susu segar ( wani guna sudu makan )
2 keping apricot kering dipotong dadu
Kismis hitam sejemput atau ikut citarasa
1 balang kaca 

CARA-CARA 

1.mula - mula masukkan susu segar ke dalam bekas yogurt dan kacau sampai sebati
2.Masukkan oat ke dalam balang kaca
3.kemudian masukkan separuh buahan apricot kering yang telah dipotong dadu dan juga sedikit kismis ke dalam balang kaca
4.Tuangkan yogurt yang telah digaul sebati dengan susu tadi
5.Kacau sebati ke semua bahan oats, yogurt dan buahan kering ( kena kacau betul2 sampai oats tu diserap yogurt )
6.taburkan baki buahan kering kat atas permukaan, tutup balang dan simpan dalam peti dalam 6 jam atau semalaman

NOTA
Aprikot bila sebati dengan yogurt, jadi kembang dan lembut bila dimakan, nak letak sebagai topping untuk atas tu tak apa juga, optional





Post a Comment

Previous Post Next Post