Roti Titab Menu Pilihan Setia Di Kopitiam Kita Kota Bharu

Roti Titab Menu Pilihan Setia Di Kopitiam Kita Kota Bharu | Salam semua, kat sini dah sejuk sampai ke tulang semalam tak berhenti hujan. Dah mula Amaran peringkat kuning, sebab musim tengkujuh dah bermula dah. Esok dah 1 November. Hari ni last Oktober dah. Sekejapnya dah nak habis hujung tahun. Tanpa melengahkan masa, lamanya tak buat food review pasal jalan-jalan cari makan. Macam la asyik nak makan kat luar.


Kali ini rasa kalau orang pernah dengar pasal Kopitiam Kita, ataupun tak pernah dengar, kali ini singgah kat kedai Kopitiam Kita yang cukup cukup popular. 

Wani kadang-kadang, walaupun rakyat kelantan, tak semua la wani tahu tempat makan menarik di Kota Bharu. 

Ada dengar daripada mulut orang ada terbaca viral dekat facebook. I Love Kelantan Instagram dan  banyak sumber lain juga.

Sampai lebih kurang dalam hampir pukul 10 pagi juga. Kopitiam Kita ni lokasinya agak tersorok sikit sebab masuk lorong, kedai dia bukan terletak kat tepi jalan besar, jadi nak nampak signboard tu susah la memang tak nampak.

Siapa - siapa  ada waze atau apa - apa app nak bagi guide kat mana lokasi kopitiam kita boleh guna pembantu. Wani pergi pun drive agak terkedepan dah terlepas lorong.

Masuk jer masih agak ramai orang. Tak kira pelbagai kaum, india, chinese, melayu dan siam. Ternampak meja  hujung sana pun ada tourist mat saleh. Baru jer melabuhkan punggung, terus datang pekerja dia. 

Memang servis tip top. Jadi kami order lah roti titab yang cukup popular ni, nak tahu la rasa macam mana orang dah lama viral sana sini. Wani ambil roti titab kosong. Yang dua orang lagi ambil roti titab yang ada poached egg kat atas.

The Wall Of Fame 

Sambil tunggu tu, terpandanglah, THE WALL OF FAME. Betul -betul kat depan Wani. Ramai selebriti Malaysia yang pernah datang sini. Ada Dato K, dan Dato Siti, Heliza Helmi, Lisa Surihani dan Yusry. 

Tak kira juga ahli politik yang datang. Semuanya diabadikan dekat sini bersama dengan pemilik. Oh lupa untuk pengetahuan semuan pemilik Kopitiam Kita ni orang cina , Mr.N.H Wong. 

Tetapi pekerja ada orang cina ada orang melayu. Satu malaysia yang bekerja. Dan semestinya makanan kat sini halal.


Tak sempat nak pergi kat depan tu ada apa, sebab ada bakul-bakul kecil yang dipenuhi dengan nasi-nasi yang dibungkus. kuih muih, pun ada. 

Mesti semua nak tahu apa yang istimewanya roti titab ni. Bila dengar nama titab wani pun tak tahu la maksud apa. Tapi roti ni memang hak cipta terpelihara dari owner dia sendiri. Copyright gitu.

Keunikan Roti Titab DI Kopitiam Kita
Roti titab ni simple macam roti bakar dengan disapu mentega ke marjerin,. Macam bau butter pun ada dan diletak nyonya kaya. Kalau roti titab kosong . 

Dia akan letak dalam lima tompok. Kalau roti titab telur dia akan letak dalam empat tompok. Inilah rupanya macam kat bawah. Agak lama dah Wani tak makan kaya sebenarnya ni dengan roti. Sedap tu sedap tapi agak manis sikit. 

Dan roti dia memang crispy. Tekan jer dengan garpu. Krupp krap, letak dalam mulut lagi crunchy sekejap. Roti dia tebal ya, bukan roti sandwich biasa tu.


Telur separuh dia memang betul - betul  poached egg tak terlebih masak atau kurang masak. just fine. Wani dah jadi pengkritik makanan sungguh, tak apalah kritik makanan je pun. 

Pasal harga tu kena datang sini baru boleh tahu ya.  tak tahulah sampai pukul berapa buka tapi terdengar sumber start 7:30 pagi sampai 1:30 tengah hari.



Sesiapa yang nak singgah,boleh lah tengok alamat kat bawah. 


KOPITIAM KITA
4357-A, Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu

Post a Comment

Previous Post Next Post