CAR PARK @ ROOFTOP KLIA 2 - SELAMAT TAHUN BARU 2016

ASSALAMUALAIKUM...


hari pertama tahun masihi 2016 pada hari Jumaat bersamaan 20 Rabiulawal... salam junjungan dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW..dengan lafaz Bismillah hirrahmanirrahim, entry pertama lembaran baru tahun 2016..Alhamdulillah, masih bernafas di muka bumi Allah.. hanya padanya kita panjatkan kesyukuran.bersyukurlah di atas kurniaanNya..wani rasa bersyukur ,,setakat ini mak dan abah masih sihat, adik beradik dan ahli keluarga kecuali Mak Usu wani masih dalam proses nak sembuh..selepas menjalani pembedahan.. harap-harap kawan-kawan maya pun semuanya sihat walafiat..  mudah-mudahan tahun ini, membawa keberkatan kepada kehidupan tak kiralah dari segi rohani dan jasmani.. semuanya itu adalah rezeki..

untuk cerita tahun lepas pun masih tak habis .. tapi tak apalah sambung tahun 2016..gambar ni  carpark kat rooftop KLIA 2... sebenarnya bukanlah menarik sangat gambar pun hanya tempat parking kereta.. yang menariknya wani suka tengok langit tu.. luas terbentang macam lautan .. hii.. warna biru laut pulak tu..bukan apa cuma kegemaran tengok langit luas ..lebih - lebih lagi tempat tinggi macam ni..  cuaca cerah hari tu sangat baik.. dan berangin kuat kat atas ni.. ingat nak parking kat bawah ..ronda-ronda tak jumpa tempat parking.. jadi terpaksa naik setingkat lagi..

setakat itu sajalah dulu ..hari yang berangin membuatkan badan ni sejuk... selamat tahun baru 2016 buat semua..


Post a Comment

Previous Post Next Post