RAHSIA LANGIT

ASSALAMUALAIKUM...


Selamat pagi, cuaca pun ok hari ini, petang semalam tak perasan pun pemandangan langit sangat cantik.. bila adik wani cakap cepat - cepat tengok kat luar .. langit cantik sangat dia cakap.. terus la pergi tengok ,,subhanallah cantikkkknyaaa, di antara pemandangan langit yang wani suka tengok semasa matahari terbenam dan masa matahari naik.. masa tu kalau keadaan awan yang berterabur macam ni memang pemandangan cantik sangat.. agak susah kalau nak kebetulan macam ni.. semalam pun cuaca cerah panas dan langit biru sepanjang hari tu.. asyik tengok kat langit sambil ambil gambar...

gambar sekitar senja ni menjadi viral semalam kat Sukan Star, terkejut jugak wani, rupanya semalam pemandangan langit jadi tumpuan orang ramai. tapi tengok tu memang pemandangan yang warga Kelantan ambil ni lawa- lawa lah.. yang ni wani snap ambil simpan buat kenangan hii.. masa tu dalam pukul 7 lebih dah..kebetulan kat depan rumah tu lapang sikit,, ada pokok kelapa 2 batang untuk jadi subjek.. tu jer sudut yang cantik , nak ambil sudut lain tak berapa cantik dah sebab ada halangan.. suka tengok warna kuning yang berselindung di sebalik awan dah jadi macam corak..


di antara tanda- tanda kekuasaan ALLAH, begitu takjub dengan penciptaannya, ambil masa 10 minit jugak termenung depan langit ni. wani teringat kata-kata Ustaz Nouman Ali Khan. salah satu cara untuk kita bersyukur menjadi hambaNya..adalah renung-renungkan setiap apa yang diciptakanNya..sambil ingat surah mana yang ada terjemahan menunjukkan betapa Allah ni maha berkuasa di atas segala sesuatu.. mudahkan.. sebenarnya Ustaz Nouman nak ajar kita sambil tengok alam luas terbentang sambil menyelami maksud mendalam di dalam Al - Quran..jangan baca tapi tak tahu terjemahan.tiada siapa yang mengetahui rahsia langit melainkan kita yang merenungkannya.

Post a Comment

Previous Post Next Post