SUP CENDAWAN NOXXA ( PALING SEDAP )

ASSALAMUALAIKUM

sup cendawan noxxa

Wani baru berkesempatan nak update pasal masak - masak ni.

dah banyak kali buat sebenarnya sup cendawan ni guna periuk noxxa, tapi tak pernah nak blend cendawan  untuk bagi sebati dengan sup.. kalau nak lagi sedap dan cendawan ni sebati dengan sup memang wajib kena blend biar hancur sikit.. .kalau tak blend memang tak sedap sikit..tapi bila malas kalau dah datang tak blend pun tak apa tapi habis jugak hii

kali ini wani blend hancur semua ,,lagi terasa sup cendawannya.. kombinasi dengan cendawan shitake lagi la sedap.. tak kisah nak campur cendawan jenis apa pun.. cendawan kan macam-macam spesis. sebelum ni dah buat banyak cara, ada yang masukkan tepung terus dalam periuk masa menumis tu, dan ada wani kacau dengan sikit air nak bagi pekat sikit tepung tu baru tuang dalam periuk.. yang sepatutnya betul dengan cara macam dalam resepi kat bawah kalau guna periuk noxxa, nak masukkan tepung terus masa kacau goreng tu boleh tapi periuk noxxa ni stir fry nya cepat panas, takut terlebih hangus ke macam tak sesuai nak letak masa tu.

ikut lah terpulang kepada masing-masing,  wani cuma hanya bagi cadangan, tapi bila tepung diblend sekali bersama cendawan, semua adunan tu sebati , senang kerja nanti, dah lupa siapa kongsikan kat facebook, wani tengok cara dia buat tu memang kena la.. tapi dia masak guna periuk biasa bukan noxxa. terima kasih di atas resepi ,, memang wani kena simpan dah.. a keeper.. resepi kat bawah ni wani dah olah ikut kaedah guna periuk noxxa.. semua mode hanya guna stir fry sahaja..

cuma resepi asal dia tu tak faham kenapa perlu  kacau lawan jam.. tapi wani taip jugak kat sini hii. masa masak  tu memang wani kacau lawan jam jugak haa.. kadang-kadang ikut jam jugak adoiyai,, bila teringat baru lawan balik jam haaa

Ok resepi kat bawah ya, dah edit sikit, terima kasih sekali lagi penyumbang resepi...Resepi ni cakap dalam hidangan untuk 10 orang ,,tapi wani makan untuk hidangan 4 - 5 orang cukup ni.. ke terlebih makan banyak ke.hii. rasa tak puas makan nak buat lagi .







SUP CENDAWAN
SUMBER : facebook

BAHAN-BAHAN

15 biji cendawan shitake
15 biji cendawan tiram
1 biji bawang besar
1 sudu teh lada hitam ( wani guna parsley kering atau tak kisah nak guna herba oregano,atau seangkatan dengannya )
2 buku kiub ayam ( wani guna serbuk pati ayam ) 
500 ml susu segar atau 250 ml whipping cream
6 sudu makan tepung gandum ( sukat guna sudu sukatan metrik )
2 sudu makan mentega
garam secukupnya
air tapis 2500ml (atau kalau guna stok ayam tak payah guna kiub ayam, kalau guna stok ayam 2500ml juga)
wani tambah bawang putih cincang 3 ulas  

CARA-CARA

1. cendawan jangan basuh, nanti ia serap air terutamanya bahagian payung cendawan,tak sedap sup nanti  pilihlah elok-elok cendawan yang segar dan tak ada kotoran banyak..boleh lap dengan tisu basah untuk keluarkan kotoran
2. asingkan tangkai-tangkai cendawan dan potong kecil, bawang besar dipotong dadu
3. panaskan periuk yang cukup besar, masukkan mentega. bila mentega dah cair tumis bawang besar selama 3 minit.lepas tu masukkan tangkai cendawan dulu, masak selama 5 minit dan diikuti oleh baki cendawan, masak lagi 5 minit. lepas tu padamkan api sekejap
4.ambil sebahagian daripada air dalam 500ml dan masukkan ke dalam blender.masukkan tepung dan kiub ayam. blend sehingga sebati
5. hidupkan api dan masukkan semua air termasuk yang telah diblend tadi
6. masukkan lada hitam, kacau hingga agak pekat. makan masa lebih kurang setengah jam, jangan berhenti kacau nanti hangus dan berketul
7. bila masakan telah pekat, masukkan susu atau whipping cream, kacau lebih kurang 3 minit lagi
8. sebelum padam api, masukkan garam secukupnya

JANGAN LUPA KACAU LAWAN JAM

CARA DENGAN PERIUK NOXXA

1. masukkan mentega dan on kan "stir fry" .tunggu hingga mentega cair dan terus masukkan bawang putih diikuti dengan bawang besar
2. kacau hingga wangi dan masukkan tangkai cendawan terlebih dahulu, kacau sampai nampak tangkai cendawan layu dan mesra dengan bawang
3. kemudian baru masukkan, baki cendawan  yang bahagian payung dan kacau lagi sampai layu
4. off kan "stir fry" sekejap.masukkan kesemua cendawan yang telah ditumis perlahan tadi ke dalam blender. ambil sebahagian air dalam 500ml ,tuangkan ke dalam blender dan masukkan tepung gandum. blend sehingga sebati
5.tuangkan balik yang telah diblend ke dalam periuk noxxa, dan masukkan serbuk pati ayam dan baki air 2 liter, ( kalau guna kiub ayam blend letak semasa cara nombor 4 lagi, takut tak sebati masa nak kacau )
6. masukkan parsley kering dan kacau sebati sekejap baru on kan " stir fry", kacau sampai mendidih dan pekat
7. off kan "stir fry" sekejap dan baru tuangkan susu segar atau whipping cream.on kan balik stir fry dan kacau sampai sebati dan mendidih ..
8. akhir sekali off kan stir fry dan kalau rasa tak masin boleh masukkan garam secukup rasa. Kalau rasa nak buat "slow cook", tak kisah, tekan je berapa jam, dalam gambar tu wani buat 1 1/2 jam.
9. siap boleh hidangkan bersama roti bakar ..sedap !

Post a Comment

Previous Post Next Post