TIPS UNTUK SIMPAN TAUHU KEKAL SEGAR

ASSALAMUALAIKUM...



Tip paling penting nak simpan tauhu nak bagi tahan lama. Wani rasa semua orang mengalami masalah yang sama.simpan tauhu tapi dah start bau busuk. Bila melibatkan rendaman air ni tak lain tak bukan, air rendaman kenalah tukar. Tak boleh rendam air yang sama walaupun simpan pun dalam peti. 

Kalau ikut cara wani, tukar air setiap 2 hari sekali.. Alhamdulillah dah lama beli tauhu tu rasa dalam 3 minggu dah, tak bau busuk pun. Ada orang tukar setiap hari air tu. Tapi dalam kepala kena set ingat tauhu ada dalam peti. Kalau buat main tak ingat alamatnya, memang akan busuk la tauhu tu hii

Kadang - kadang, kalau tengok kat kedai pun kalau tauhu tu nampak fresh boleh la beli, kalau tuan kedai rendam dalam bekas, sebab kita boleh tengok macam mana rupa tauhu tu. tapi ada setengah tauhu dah dibungkus ikat kemas, letak air dah kat dalam plastik tu, tengok air macam keruh, tak usah ambil, memang tauhu tu dah busuk dah ,, sebab dah terkena huu. Seelok - eloknya beli lah yang fresh, jadi nak simpan pun senang kalau setakat nak tukar air rendaman.

Kalau terbeli yang busuk tu, ada tip tak, tak nak bagi busuk balik, sayang nak buang kan.. Siapa - siapa tahu boleh la share. Itulah saja tip dari wani macam mana nak simpan tauhu, bercerita dari pengalaman.






1 Comments

  1. baru semalam kak ana buang tauhu 3 keping dah masam, lupa nak tukar air lah tu.. sayang je wani :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post