#WORLDQURANHOUR

ASSALAMUALAIKUM...


hujan semalaman yang lebat sampai ke pagi sejuk. sejak kebelakangan ni asyik hujan ..syukur alhamdulillah tak apalah hujan, semoga hujan yang turun adalah hujan rahmat tak lama dah pun nak musim tengkujuh..sekejap jer bulan demi bulan berlalu..

bulan ini banyak peristiwa menarik yang sedang berlaku, dan bakal berlaku, sana sini dah ramai war - warkan mengenai #worldquranhour yang akan menggegarkan Malaysia pada hari Ahad ini tepat pukul 9 pagi.. syukurlah ada kempen sebegini. ini bukan kempen untuk 1 jam mengaji baru nak sentuh Quran.. tetapi kalau buat macam ni baru ada nampak sikit semangat tu,, maklumlah kan orang kita ni kalau nak buat ramai-ramai baru bersemangat nak mengaji,, hiii..lagipun bagus , mungkin ada non muslim yang ikut join sekali ke mana tahu kan,, kalau mereka tak mengaji pun tak apa ,,,sekurang-kurangnya non muslim dapat melihat betapa kesatuan ummah yang ditunjukkan oleh orang muslim sangat tinggi.. salah satu dakwah untuk mereka juga,,

jom lah kita pun bersama-sama menyokong kempen #worldquranhour ... sama-sama menjiwai Quran dan sama-sama mendidik hati untuk mendekatkan diri kepada Allah .. di mana - mana pun boleh ,tak semestinya kena pergi kat tempat yang telah diberitahu.. orang dekat boleh lah pergi ,,

hari isnin dah nak raya haji dah ,semoga yang balik kampung berhati-hati di jalan raya,, 

3 Comments

  1. InsyaAllah..moga mmberi manfaat kpd kita

    ReplyDelete
  2. semoga dgn kempen ini, hati kita menjadi semakin dekat dan semakin ingin selalu membaca al-quran.. :)
    selamat hari raya aidiladha cik wani ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post