BUAH DOKONG

ASSALAMUALAIKUM...


Sekarang ni tengah musim yang kulitnya kuning langsat tak kira lah samada buah dokong, langsat ataupun duku.. siapa lah tak suka tengok buah yang bergugus - gugus macam buah anggur tapi warna je tu lain sebab warna kuning langsat.

Kalau keluar je dari jalan rumah wani,kiri kanan jalan kampung dipenuhi pokok - pokok spesis ini. Tak kira lah samada depan rumah orang ataupun kebun - kebun orang. Semuanya memutih atas pohon. Seronok tengok walaupun dari jauh dah nampak.geram nak pergi petik.  Buah bila bermusim banyak macam ni lepas tu nak jual tak berapa nak laku, bonda wani ada borak dengan jiran lama rumah wani dulu, sebab tengok pakcik tu bersiap - siap letak besen kosong dalam kereta, katanya nak pergi ambil buah dokong  tuan punya buah dokong nak bagi percuma. 

Kalau ikut nostalgia zaman budak - budak kat kampung arwah nenek wani dulu, pokok ditamam sebelah tingkap, buka jendela terus nampak gugusan yang tak terkira banyaknya.. tak makan pun tak apa dah jadi macam penawar ketenangan pulak hiii.. arwah atok selagi tak berapa nak masak dia larang sangat cucu - cucunya pergi jolok buah tu. Kalau petua ikut bonda wani bagi, buah ni kalau masak akan masak 2 kali ..kali pertama memang nampak putih, biar masak kali kedua biar masak lagi sekali.. dan satu lagi kalau kita sentuh buah tu mudah sikit tertanggal dari tangkai

Kalau pokok yang tinggi macam galah tu pulak macam mana. Jawabnya main test - test lah.. :D


Kebetulan pokok dokong laman belakang rumah wani tengah berbuah. Alhamdulillah setakat ini tak ada musuh.. biasanya kat rumah ni musuhnya adalah monyet - monyet liar. Ada satu musim tak boleh nak makan sebab buah masih putik dah kena diserang monyet - monyet.. tahun ini syukurlah boleh makan hasil.. mungkin agaknya dalam hutan kat kampung ni banyak tengah berbuah. Sebab itulah tak usik langsung pokok di laman belakang ni.. kalau tak.. tak merasalah jawabnya

Nampak kan boleh sentuh dengan tangan siap,, haaa tuan badan tak tinggi mana, tapi ada ranting yang menghala ke bawah boleh lah sentuh yang mana sampai.. eee gerammm tengok... tak masak lagi ni.. kebanyakan kat sini,, setiap rumah mesti ada pokok dokong... kalau nak dikomersilkan isi dokong lah paling sedap sebab pejal dan keras, buah duku nombor 2 dan buah langsat jatuh nombor 3. 

Panjang pulak menaip hari ini bila mood dah ok..selamat berhujung minggu

6 Comments

  1. Mek makan dua biji je hr tu, esok demam --'

    ReplyDelete
  2. Makan banyak ni jawabnya sakit urat huu

    ReplyDelete
  3. First time dengar buah dokong. Hehe.

    ReplyDelete
  4. Buah dokong ni memang banyak di Kelantan dan Terengganu.
    Di JDT tak berapa meriah, ada jual pun banyak dari sana.
    4kg RM10.00

    ReplyDelete
  5. Buah ni Reen tak berapa pandai makan.. Selalu bila makan hanya untuk merasa. Lepas tu dah. ;p

    ReplyDelete
  6. sedapnya kak! waaa..mesti kt kg sy pun ada bnyk buah tu -.- wuu..nk blik

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post