07 Oktober 2016

author photo
ASSALAMUALAIKUM.....


Salam jumaat semua, tak sempat lagi nak memenuhi jemputan kat blog,kadang - kadang ada yang datang singgah bawa jemputan, insyaAllah ada masa lapang boleh la nak memenuhi jemputan..hii dah macam nak pergi jemputan kahwin ..  wani nak kena postkan dulu yang mana dalam draft..apa yang boleh post dulu, kita publish dulu...

Daging jeruk lemon ni rasanya viral tahun lepas, sejak dari viral tu wani pun ada cubalah, kadang - kadang guna lemon, kadang - kadang guna limau nipis, ikut keadaan yang ada, tapi paling sedap kena guna lemon, bau tu dah lain, dah lah wani memang suka kalau resepi tu nak masuk guna lemon.

Kalau wani beli lemon memang tak akan membazir, kalau nak buat kek yang kena parut kulit limau memang akan parut lah, lemon mahal nak banding dengan limau lain kan. Tapi aromanya tu yang naik sedap.

Oklah kali ini nak share daging jeruk lemon, letak lemon terus baru orang akan faham hiiii. tapi kalau tak ada lemon, boleh nak ganti dengan limau lain, ni guna lebihan daging korban, masih ada lagi. Daging ni bukannya boleh makan setiap hari kena rancang jugak la diet kan ,, tambah lagi daging ni kalau nak hadam dalam perut ambil masa seminggu.kalau nak guna garam yang lebih elok guna lah garam bukit

Wani goreng dengan bawang jer daging jeruk , letak lada burung ke lada merah hiris ke,, nanti nak tunjuk entri yang seterusnya... kalau orang yang jenis tak lalu makan memang inilah menunya sebab simple makan dengan nasi panas




DAGING JERUK LEMON

BAHAN - BAHAN 
1 kg daging
2 biji lemon / limau nipis / limau kasturi
Garam

CARA - CARA
1. Daging dipotong nipis nak nampak cantik potongan, potong semasa tengah separa beku 
2. Lemon perah dalam bekas lain, ambil jusnya sahaja
3. Letak daging dalam bekas, letak garam,agak - agak ya jangan banyak sangat 
4. Tuangkan jus lemon tadi ke atas daging dan gaul sebati
5. Potong beberapa hirisan lemon letak macam dalam gambar tu, lagi harum baunya
6. Letak sekejap kat luar baru boleh simpan dalam peti dingin bukan peti beku ya
7. Setelah semalaman boleh lah nak goreng ikut selera

NOTA
daging jeruk boleh bertahan sehingga 3 bulan dalam peti

This post have 7 komentar

avatar
ayunie ramli delete 7 Oktober 2016 10:38 PG

Gitu ye ? Mek tk prnh mkn --'

Reply
avatar
Kakzakie Purvit delete 7 Oktober 2016 11:07 PG

Betullah aroma lemon itulah yg menaikan bau dan rasa sedap masa menikmati hidangannya. Kakak pun suka. Bakar letak bawang putih, halia, black pepper dan madu pun sedap Wani

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 7 Oktober 2016 12:45 PTG

@Kakzakie Purvit wah nampak menyelerakan bakar macam tu ,, x pernah bakar asyik goreng jer

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 7 Oktober 2016 12:47 PTG

@ayunie ramli kena buat mek sebab sedap sangat ni

Reply
avatar
Busyra Bt Takiyudin delete 7 Oktober 2016 2:34 PTG

busyra tak pernah mkn lagi mcm ni. tq ye bg resepi

Reply
avatar
Elih Japahar delete 7 Oktober 2016 8:25 PTG

Uih kena try ni...mcm sedap je

Reply
avatar
Gee Lion delete 8 Oktober 2016 8:41 PTG

Gambar ni memang berjaya buat perut saya berkeroncong lagu dangdut.. Huhu.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram