5 PERKARA YANG KITA NAK

ASSALAMUALAIKUM....


SALAM JUMAAT. hujan gerimis pagi ini... semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada kita

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi untuk solat subuh di masjid. 

Dia berpakaian, berwuduk dan kemudiannya berjalan menuju ke masjid. Di pertengahan jalan lelaki itu terjatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit sambil membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah dia berganti baju, berwuduk kembali dan berjalan semula menuju ke masjid. 

Dalam perjalanan ke masjid, dia terjatuh lagi di tempat yg sama! 

Dia sekali lagi bangkit lalu membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah dia berganti baju buat kedua kalinya, berwuduk dan berjalan lagi menuju ke masjid. 

Dalam perjalanan menuju ke masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab ; 

"Saya melihat kamu jatuh 2 kali semasa berjalan menuju ke masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu." 

Lelaki muda itu mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid. 

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya tetap sama. 

Lelaki muda itu bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu tersebut menjawab: 

" Aku adalah Syaitan. "

Lelaki muda itu sungguh terkejut..! 

Syaitan menjelaskan; 

''Saya melihat kamu berjalan ke masjid dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. 

Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid. 

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. 

Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa kamu tidak terjatuh lagi dan sampai di masjid dengan selamat."

Dan

Ada 5 perkara yang kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:

1. Wajah yang cantik.
2. Duit berjuta-juta.
3. Sihat dan kuat.
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.

Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja. 

Bagaimana caranya???

1. Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yg tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.

2. Barangsiapa yang tinggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dlm rezekinya. 

3. Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dlm jasadnya. 

4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yg boleh dipetik dari anak2nya.

5. Barangsiapa yg tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dlm tidurnya.

Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan??

Sebab ini adalah rahmat dari Allah swt ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.

Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah 
Laa ilaaha Illallah.

Bila ini bermanfaat bagimu, sila kongsikan dengan orang - orang yang kita sayangi, berbahagi perkara yg bermanfaat adalah bahagian dari amal amal soleh. 

Saudara & sahabatmu dalam perkongsian...
Wallahu A'lam...

8 Comments

  1. Salam Jumaat sis.. TQ atas perkongsian..sama2 kita perbaiki diri & tingkatkan amalan :)

    ReplyDelete
  2. Amin. InsyaAllah dijauhkan drp semua benda yg tk elok. Jgn la kt tgal solat

    ReplyDelete
  3. Banyak yang kita perlu mahasabah dan perbetulkan diri..

    ReplyDelete
  4. Memang menginsafkan. Memang banyak rahsia solat dalam kehidupan 😃 sampai kebahagiaan hidup pun terkait sama

    ReplyDelete
  5. IN SHA ALLAH.. AMIN YA RABBAL.. SALAM JUMAAT WANI

    ReplyDelete
  6. entri yang sangat bermanfaat untuk semua. thanks wani :)

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang sangat bagus.. Semoga menjadi pegangan kita semua..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post