Cara Nak Empukkan Ubi Kentang Guna Noxxa | Tutorial Bergambar

Cara Nak Empukkan Ubi Kentang Guna Noxxa  | Tutorial Bergambar | Salam semua, lama rasanya tak post entri pasal noxxa ni. Oklah ya nak terus entri untuk hari ini, blog wani kalau nak kata pembaca ramai yang membaca entri masakan. Terima kasih lah sudi sudi singgah ke blog yang tak seberapa, at least ada perkongsian yang nak dikongsi dan membantu pembaca semua. Siapa yang menggunakan periuk Noxxa, mesti dah banyak bereksperimen apa yang nak dimasak guna periuk Noxxa.

Cara Nak Empukkan Ubi Kentang Guna Noxxa

Mesti ada yang tertanya - tanya rebus kentang berapa lama guna noxxa. Kalau rebus ubi kentang sahaja, anggaran masa dalam 10 minit dan bergantung juga atas saiz ubi kentang besar mana.

Kali ini, bagi yang ada noxxa pressure cooker, wani nak share macam mana cara wani nak empukkan ubi kentang guna noxxa ni . Kalau sebelum ni, selalu letak ubi kentang terus dalam noxxa  sebelum tekan " high pressure" Sebab wani malas main tunggu tunggu selepas lepaskan wap. Itu kalau set dalam 30 minit. Kalau ubi kentang tu tak terendam, kalau terendam jawabnya hancur. 

Makin lama wani buat style macam tu, wani perasan ubi kentang makin lembik, siap hancur tak nampak rupa pun ada. Adoi itu lah, periuk noxxa selama mana pun kena  constantly experiment, tak boleh nak kata yeay dah jumpa dah final tips macam mana.

Sebelum ni pun ada baca juga perkongsian dari sahabat yang ada noxxa nih. Camner dia empukkan ubi kentang, jadi, dia cakap lah yang tips dia selepas lepaskan wap, letak ubi kentang dan "high pressure" selama 1 minit, Wani rasa macam tak masak jerr, ok point dia, saiz ubi kentang besar mana. 

Akhirnya, wani dah jumpa cara yang wani buat, dan memang puas hati dengan cara ni, nak elakkan ubi kentang dari  hancur. 

Cara Nak Empukkan Ubi Kentang Guna Noxxa 

Buat kalian yang ada periuk noxxa, boleh ikut tip dari wani. Ohh ya, ini gulai ayam kampung yang dah di "high pressure" selama 50 minit. Selepas kita releasekan wap, buka penutup, baru masukkan ubi kentang. Gambar atas tu ubi kentang dah dimasukkan dalam noxxa. Tenggelamkan masuk ubi kentang ke dalam kuah, jangan tergolek nampak kat atas tu, selamkan .

Cara Nak Empukkan Ubi Kentang Guna Noxxa

Ok Langkah kedua , selepas masukkan ubi kentang, tutup periuk noxxa dan putarkan tombol ke pressure macam gambar atas.

Cara Nak Empukkan Ubi Kentang Guna Noxxa

Tekan "high pressure" 5x. iaitu bersamaan 5 minit. Dah nampak kan macam kat gambar. Tunggu 5 minit jerrr. Dah siap,tekan "off" terus putarkan tombol ke "steam" untuk lepaskan wap. Lepas tu baru boleh buka tudung.

Cara Nak Empukkan Ubi Kentang Guna Noxxa

Kemudian, tekan "stir fry"  lepas tu tekan "on", biarkan mendidih sekejap dalam 2 - 3 minit. Sebab kita nak sebatikan kuah gulai. Tengok gambar kat bawah ya. Baru nak mendidih, wani terus snap. Tak boleh nak nanti didih kuat sangat baru nak ambil gambar, takut terpercik.

Periuk noxxa ni memang tahap kepanasan dia tinggi sikit, sebab tu  kalau buat ada kuah- kuah ni, didih dia sampai merecik - recik. Kalau penuh lagi periuk tu. Lagi merecik- recik la jawabnya. Tapi bukan tu yang nak kita tengok, kita nak tengok dia menjimatkan masa memasak, berbaloi - baloi.

Cara Nak Empukkan Ubi Kentang Guna Noxxa

Cara Nak Empukkan Ubi Kentang Guna Noxxa

Ok ,kena tekan "off "butang merah tu bila dah siap "stir fry". Dah siap pun gulai ayam kampung lepas dalam 2 -  3 minit tu dah ok . Selepas didih, dah tak nampak macam ledakan nak meletus. Tutup sekejap dengan tudung nak mengekalkan haba. Ayam kampung ni dah tua sangat dah, itu yang masa sampai ke 50 minit. Isi lerai dari tulang. Tak dak lah gigi rasa sakit, nak gigit ayam kampung tua. 

7 Comments

  1. Saya tak da periuk noxxa ni, tapi tips yang bagus dari wani, sekurang-kurangnya, tak perlu lagi pembaca nak buat eksperimen kan... syabas...

    ReplyDelete
  2. Betul2 lembut ayam tu jadinya. Ayam tua selalu org tak nak makan sebab liat kan. Sedap pula nampaknya tu 😋😋

    ReplyDelete
  3. Kata orang 'menang membeli menang memakai'
    eh 'kalah membeli menang memakai'.

    ReplyDelete
  4. Best oii. Mek nk beli periuk ni dr hr tu lg tp blom trlaksana 😂

    ReplyDelete
  5. Siqah takde periuk ni. Hehe. Rebus kentang kat periuk biasa je.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post