12 March 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM....

domain


Semalam tak ada entri, nampak gaya macam dah selang sehari dah entri.. aih sibuk aih.. buat macam sibuk pulak.. banyak benda yang nak difokuskan.huuu..walaupun nak menaip nakkkkk sangat. .tapi bila idea nak datang tu susah.. kadang-kadang idea ada, tapi nak menaip pulak malas... ahai jari manisku sesweet gula.. harap - harap , dengan jari berapi wani ramai lah yang cair baca blog :D haaaa

Setiap hari wani akan check statistik untuk pageviews, biasanya total pageview sehari dalam 1.9K lebih jerrr.. jarang jugak nak naik angka dalam 2.4K lebih ni yang ni pageviews semalam ...tapi itu pun rasa syukur dah , akui yang blog masih blogspot,, bukan .com .. kalau dot com.. harap - harap lah nak cecah sampai 10K ke 50K pageviews sehari ke.. haaa.. berangannnn mat jenin jer lah dulu.. pageviews yang tinggi bergantung juga kepada kandungan blog kita macam mana.. selain ada domain sendiri pun salah satu faktor jugak ..dan juga teknik SEO 

Wani ada impian jugak nak ada domain sendiri.. tapi dalam fikiran ni macam - macam dok fikir.. kalau boleh nak letak ..nama sendiri "wanisukarno" dot com.. nampak profesional sikit. Macam kita create untuk email letak dalam resume,, kan seeloknya nama sendiri, barulah majikan nampak kita ni profesional sikit.. kan...kan

Salah satu persoalannya ialah bila tukar ke domain tu  adakah .. pageviews kita akan turun gara - gara dah tukar domain lain dah.. sedangkan sebelum ni kita pakai yang lama - lama bertahun - tahun

seterusnya yang dah kita daftar untuk nuffnang dan akaun adsense.. mesti kena apply balik kan.. yang part ni lah yang wani paling takut.. hiii rasa macam banyak kerja ..kena start balik..kalau lah sesiapa yang pakar pasal domain ni minta tampil ke depan bagi penjelasan macam mana.. ..dan sesiapa yang boleh bantu .. sekiranya wani nak pakai domain sendiri

banyak lagi nak belajar pasal blogging ni.. marilah kita sama-sama belajar.. yang tahu tip - tip tu jangan segan silu nak share ilmu hii

satu lagi yang wani tak faham bila buka webmaster tools.. mata dah juling - juling dah tak tahu apa benda.. ok sekian untuk hari ini

This post have 8 komentar

avatar
Ana Suhana delete March 12, 2017 at 6:16 PM

Banyak juga tu compare dengan blog ana. Jauh berbeza macam langit dengan bumi. Hehe.

Reply
avatar
Noor Azlan delete March 12, 2017 at 6:35 PM

Betul apa yang Sis Wani cakap tu, memang ada effectnya, kena mula dari bawah balik tau... huhu....

Reply
avatar
Ahmad Hasif delete March 12, 2017 at 7:04 PM

guna domain sendiri pun ok wani.. tp yearly cost tu ade ler sbb nak bayar domain name tu.. :)

Reply
avatar
Seorang Syed delete March 12, 2017 at 9:03 PM

Yang saya tahu. Page rank, page views memang semua akan turun kalau tukar domain baru. Tentang ads tu not sure. Teringin juga nak ada domain sendiri tapi hmm nantilah haha.

Reply
avatar
Mrs. A delete March 13, 2017 at 12:07 PM

Kalau Mrs. A memang tak tukarlah kot huhuuhu...
Mrs. A suka yang percuma jer...

Reply
avatar
nadhie wueen delete March 14, 2017 at 3:00 AM

Saye pun rasa cam xkan tukar je ke domain sendiri. Ada pro n kontranya. sedeh tgk blog yang terabai tu tiba-tiba hilang n tinggal url je kat domain tu. huhue

Reply
avatar
Busyra Bt Takiyudin delete March 18, 2017 at 12:53 AM

betul tu wani.. mmg ada pro n cons.. sbb sekrang pv wani dah elok sngt dah tu..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram