IKAN BAWAL MASAK ASAM JAWA || MENU RINGKAS UNTUK BERBUKA ATAU BERSAHUR

ASSALAMUALAIKUM..

IKAN BAWAL MASAK ASAM JAWA

Entri semalam baru nak post hari ini. Happy reading 😁😁

Salam semua hari ini dah masuk nisfu Syaaban menandakan lagi 15 hari lagi nak puasa.. alhamdulillah semoga diberi kesempatan untuk berpuasa tahun ini.. amin ya Allah mohon permudahkan.. 

Bila sebut pasal puasa, sudah tentu rata - rata dilema kita ni menu nak masak apa kan.. kan..memang boleh stress jawabnya kalau cakap pasal nak masak apa nak makan apa tak kiralah samada untuk iftar ataupun bersahur. Korang yang jenis biasa lepas tangan kat orang yang rajin masak  tu, tak kiralah suami ke isteri ke adik, abang, kakak, mak, abah kita ke habis segala sebut.hii  Korang hargai lah mereka elok- elok ya, ingat tak stress ke, nak fikir menu masak, nak beli bahan masak tu pun sambil fikir dah nak masak apa, nak prepare nak siap hidangan lagi,buat kerja dapur lagi bukan senang oittt.. rajin - rajinlah tolong apa yang patut,,  tak pasal wani membebel 😂😂😂..

Diakui bila masuk bulan ramadan semua nak cepat, makan pun nak cepat sebab siap - siap nak solat maghrib lagi lepas tu nak tarawikh lagi,, iya lahhh nak rebut peluang bulan yang penuh keajaiban kan.. bulan kesabaran. Mudah - mudahan wani tergolong dalam orang yang bersabar

Wani akui memang wani tak boleh list menu sebulan puasa, wani ikut masak jerr.. ada setengah yang lain boleh ikut tapi wani tak boleh.. ok panjang dah, bebel, biasanya kalau menu bulan puasa  ni wani suka yang masam - masam, biasanya melibatkan air asam , entah bila tiba bulan puasa ni memang benda masam masam masuk selera sungguh,, nasib baiklah semua family pun tak apa,kita memang suka jenis yang masam - masam. Maklum lah seharian berpuasa rasanya masam - masam tu pencetus tunas rasa nak berbuka. 

Menu pun memang ala kadar.. bersyukurlah. Ok, resepi kat bawah, sebab wani pun tak berapa ingat resepi sebenar,, ikut ingat ni,, hiii seringkas macam ni sedap tauuuu.. kalau nak tengok resepi sebenar boleh ke  AZLITA MASAM MANIS. boleh buat untuk menu berbuka kalau rajin buat menu bersahur pun boleh. Masuk selera makan sebab ia rasa masam - masam


Ikan bawal dikelar dan dilumur dengan asam jawa dan garam. Perap la dulu sekejap.nanti nak goreng korang buang lah biji biji asam jawa tu nanti terlekat sangat di kuali bila goreng sekali dengan biji asam jawa


Dah siap digoreng, ini bukan hangit ya haaa nampak macam tu sebab digoreng bersama asam jawa.tapi dalam isinya sangat moist. 


Kuah dah siap, sebaik sahaja kuah siap ni terus tuang atas ikan. Kalau rasa tak nak makan lagi tak apa. Buat awal - awal kan masa nak dekat berbuka boleh panaskan balik dan tuang atas ikan..senang jerr kan resepi.. ikan bawal masuk sebab isi ikannya moist masuk dengan kuah tapi ikan lain tak tahu,, boleh lah try and error

IKAN BAWAL MASAK ASAM JAWA
BAHAN - BAHAN 

1 ekor ikan bawal diperap dengan asam jawa dan garam
Air asam jawa secukupnya
2 batang serai diketuk
3 - 4 ulas bawang putih diketuk
3 - 4 tangkai lada burung diketuk
Serbuk Pati ayam  secukupnya
Gula dan garam secukupnya 

CARA - CARA

1. Mula - mula ikan bawal dikelar dan dilumur bersama asam jawa dan garam.perap sekejap
2. Ikan bawal digoreng sehingga keperangan 
3. Dalam kuali, tumiskan bawang putih, serai dan lada burung yang telah diketuk sehingga wangi dan masukkan air asam jawa secukupnya, kalau nak banyak kuah letak air asam jawa banyak, sebab ikan ni bergantung kepada kuahnya. 
4. Masukkan serbuk pati ayam secukup rasa, garam dan gula secukupnya
5. Kacau sehingga kuah mendidih sikit. Boleh tutup api 
6. Curahkan kuah ke atas ikan bawal tadi dan siap untuk dihidangkan. 

4 Comments

  1. Mudah juga menunya dan nampak sedap..

    ReplyDelete
  2. Pastinya sedap.
    Makan sekor sorang boleh habis.

    ReplyDelete
  3. Sangat menyelerakan gambar tu.. boleh kecurrr air liur... T_T

    ReplyDelete
  4. Any masakan yang menggunakan ikan bawal, rata-ratanya sedap belaka. Kalau goreng saja dah sedap, apatah lagi kalau masakan yang lain, kan?

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post