08 Disember 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

dah musimnya ubi kayu ni. 2 - 3 hari ni pun cuaca asyik mendung dan hujan kat sini. yang ni pun baru nak makan ubi kayu, ubi kayu beli dah.. kalau dulu adalah jugak bonda ni tanam ubi kayu. sejak kawasan laman belakang dah diterangkan, lagipun tak sesuai nak tanam kat luar pagar sebab ada haiwan lain pulak yang suka menyondol.

kalau sebut ubi kayu ni ia banyak jenis, ada yang keras ada yang tak keras, kaau terbeli tu dapat yang rebus tu empuk elok, tak apalah, ada juga kalau rebus pun keras jugak, maknanya ubi kayu pun dah masuk angin. kalau boleh, rebus tu nak lah yang empuk kan sedap sikit makan, susah jugak kalau beli pun tak tahu ubi kayu ni boleh jadi keras ke tidak.

sebenarnya, dah banyak kali pun bereksperimen dengan noxxa ni rebus ubi kayu dalam ni. tapi kesimpulannya, tak boleh nak cakap rebus ubi kayu selama 15 minit.. idok lahh ya. banyak faktor jugak, kemungkinan kalau dapat ubi kayu yang masuk angin, jawabnya kena lama sikit rebus, itupun dah masak, masih ada yang keras, maknanya bergantung lah jugak ya. kalau dapat ubi kayu yang mudah empuk cepat la sikit. macam tu lah ya.

ubi kayu yang beli ni nampak kecik-kecik tapi dah patah-patah dah , ingatkan ubi kayu muda, rupanya dah masuk angin. ke ada petua nak empukkan ubi kayu ni, nak masukkan sudu bagai lagi ke hii.. bestnya kalau tarik sendiri ubi kayu dari pokok, rindu time budak-budak tarik ubi kayu haa

oklah wani nak share dengan korang semua macam mana nak rebus ubi kayu ni dengan noxxa, walaupun hasilnya ada yang empuk, ada yang keras, tapi disebabkan dah lama bereksperimen, dah memang "masak" dah dengan ubi kayu ni. hii

lagi satu,sebelum ni pun wani ada tengok kat search keyword ada readers yang tengah cari cara nak rebus ubi kayu dengan noxxa, jadi wani dah buat entri ini. hadam lah elok - elok .. :)


mula - mula masukkan ubi kayu dalam noxxa dan letak air paras- paras, masukkan garam sikit.


lepas tu, tutup periuk noxxa dan tekan high pressure tu selama 17 minit dan baru tekan on. mula-mula ni set kan masa 17 minit nanti tengok gambar di bawah kenapa kena tambah pulak lagi 15 minit


pastikan tombol ke pressure. 


nampak tak gambar ni, adui terpaksa tambah 15 minit sebab ubi kayu tak empuk, yang ni la nak cakap korang kena tengok sendiri, rasa tak empuk lagi tambah masa sikit. tak payah susah - susah ya

bila dah dengar bunyi beep tu, tekan button off dan putar tombol ke steam untuk lepaskan wap sampai habis wap keluar ya, barulah boleh buka tudung periuk


inilah rupa yang dah empuk, bukan empuk semua tu ada jugak yang keras kes masuk angin, yang empuk tu nampak ubi kayu tu mengembang


banyak yang keras dari yang empuk ni, rasa tak puas pulak makan. kalau yang beli ni macam ni lah tak tahu, ubi kayu tu elok lagi ke ataupun tidak.

apapun harap korang faham lah ya nak rebus guna pressure cooker ni tak boleh nak tetap timing tu berapa minit, sebab banyak bergantung kepada saiz dan jenis ubi. macam tu lah.

 ok selamat mencuba bagi yang ada pressure cooker jenama apapun.

This post have 5 komentar

avatar
Puan Wawa delete 8 Disember 2017 3:30 PTG

Wahhh, macam2 boleh buat naa.

Reply
avatar
Raydah delete 8 Disember 2017 6:49 PTG

sedap gila bila dpt makan ubi kayu panas2 nak2 lg time hujan2 ni

Reply
avatar
Husniey Husain delete 10 Disember 2017 4:51 PTG

Nice tips.. Senang bagi yang menggunakan periuk noxxa.. Husniey baru masuk follow sini #625

Salam kenalan dari Husniey..
Dari team group BPT 😍

Reply
avatar
Shahida Dzulkafli delete 13 Disember 2017 9:16 PG

Baru tau kalau ubi tu tak mengembang ubi dah masuk angin.. Sha pun tak pandai sangat nak beli ubi kayu.. Tapi memang sedap makan ubi rebus dengan sambal ikan bilis..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram