31 December 2017

www.wanisukarno.com || IMBASAN UNTUK TAHUN 2017

ASSALAMUALAIKUM..

www.wanisukarno.com

hari TERAKHIR untuk entri tahun 2017. dah 31 hari bulan dah hari ini, ? esok dah 1 Januari 2018 ? macam masih bermimpi lagi, seperti biasa setiap kali nak masuk tahun baru, perasaan tu macam biasa tak over happy sangat, cuma mengimbas balik memori yang dah lepas sepanjang tahun 2017 ini. setiap orang ada kenangan manis dan pahit. begitulah kehidupan, selagi nyawa dikandung badan , ujian Allah tak pernah putus hadir untuk menguji kita.

bagi yang melalui tempoh kemanisan pada tahap ini, bersyukurlah, Allah tak pernah lupa hambaNya.. bagi yang telah menempuh kepahitan, mungkin Allah nak gantikan yang lebih baik.. bersabarlah ya.

panjang pulak mukaddimah, tajuk dah macam tajuk imbasan untuk malam ini pulak kat tv kan. XD jangan lupa ya tonton, tapi itu tentang apa yang berlaku  di Malaysia. yang versi ini , imbasan dalam dunia blogging sepanjang tahun 2017. XD.. kalau nak cerita pencapaian dalam dunia blogging, alhamdulillah wani rasa, blog dah naik satu tahap lagi. hujung tahun baru ambil keputusan nak tukar domain sendiri. dah kata putus ..tak teragak-agak lagi dah. lamanya ambil masa dalam tempoh 7 tahun wani berblogging. entah kenapa Allah tak gerakkan hati nak tukar sebelum ini tak tahu lah, adalah tu kita tak tahu sebabnya kan.

kalau sebelum ni guna blogspot, syukurlah ada juga pihak yang sudi berkolaborasi dengan blog wani, SGshop, Traveloka. walaupun tak banyak, rasa, itu dah cukup terharu dah, diharap rezeki untuk tahun depan lebih dari jangkaan.setiap kali buka blog tengok link blog ada nama sendiri, wani rasa macam perasaan berbeza pulak.. harap semangat tu akan berterusan,

azam ? azam yang mana satu hii. tak reti dah nak cakap pasal azam, cukuplah ..seimbangkan azam dunia dan akhirat,

SELAMAT TAHUN BARU 2018 semua .. Semoga apa yang kita azamkan dapat dicapai seiring dengan keredhaan  Allah




Komen
8 Komen

8 comments:

Ahmad Hasif said...

alhamdulillah rezeki yg diberikan.. teruskan dalam blogging ye wani.. jgn lupa utk renew domain tu nnti.. :)

ayunie ramli said...

smoga terus sukses wani dalam bidang blogging. selamat tahun baru.

Ibu Zaid said...

Assalamualaikum Dan selamat tahun baru :)

Kalau tukar domain sendiri trafik dari google hilang tak wani?

Wani Sukarno said...

@Ibu Zaid/ kena daftar link blog baru balik kat web master tools.. untuk google detect balik blog kita .tapi tak lama ambil masa.

Wani Sukarno said...

@ayunie ramli.. amin tq ayunie..

Wani Sukarno said...

@Ahmad Hasif. alhamdulillah aminn tq hasif sama3 lah kita berjaya.. tq sudi ingatkan nak renew domain hii

Shahida Dzulkafli said...

Alhamdulillah untuk rezeki yang Wani terima.. semoga terus berblog.. Salam 2018 wani..

Hazwani Ameen said...

Alhamdulillah. Rezeki untuk Wani. Happy New Year dear.
Btw nama kite sama... hehehe

Recent

Blog Wani Sukarno Copyright © 2018. Designed by MaiGraphicDesign