BIHUN SUP MUDAH NOXXA - Blog Wani Sukarno

08 January 2018

BIHUN SUP MUDAH NOXXA

ASSALAMUALAIKUM..

bihun sup noxxa

salam semua

asyik entri periuk noxxa jerr, nanti senang buat korang yang baru nak berjinak-jinak dengan periuk noxxa ni,boleh lah cari resepi kat blog wani hii.. ada setengah orang dia beli periuk noxxa tapi dia takut nak guna, mungkin sebab periuk ni nampak besar, simpan la buat harta karun, aduh. kenapa pulak nak takut, kita ikut arahan bagaimana nak guna periuk noxxa, kan dah kepil sekali buku tu, ya lah nak guna sesuatu tu, kita kena belajar kan. macam-macam lah dengar jenis orang takut yang nak guna periuk noxxa ni. XD.

ingat masa kali pertama nak guna, ambil jerr keluar kan dari kotak, ikut arahan dari buku, tak adalah masalah besar sangat hii.. periuk noxxa memang gadget kesayangan, sebab dapat meminimumkan masa di dapur, sejak ada periuk noxxa, rajin nak masak jenis sup-sup. memang kesukaan wani jenis menu yang bersup kalau bulan puasa lagi dapat membantu.

Terlebih dah cakap pasal periuk, XD. ok jom tengok menu yang paling mudah bagi wani nak masak bihun sup, guna kerangka ayam pun jadilah, sedap sangat, tak payah nak letak isi lebih buat makan malam pun.nikmat sedikit pun kita bersyukur lah ya.  tengok mak dan ayah makan bersungguh sangat. kalau ingat fikir hal makan ni  kan kadang-kadang  naik stress jugak, sebab fikiran ni asyik berfikir nak masak apa, itu orang cakap, perempuan ni asyik nak membebel jerr kerja. XD.

bahan - bahan tak banyak, yang penting ada kerangka ayam.


dalam periuk noxxa, letakkan 2 ekor kerangka ayam yang dah dibersihkan, letakkan air paras - paras.


untuk kerangka ayam ini, kita hanya guna low pressure, jadi, tekan low pressure 6 minit, lepas tu tekan button on


pastikan  tombol ke pressure


selepas bunyi beep, tekan button off, kemudian putar tombol ke steam untuk lepaskan wap sampai habis. buka tudung nampak lah kerangka ayam macam ni.

nanti, kerangka ayam ni masak seekor macam ni, lepas masak, baru korang leraikan sikit bahagian sendi -sendi nanti senang nak makan,


kemudian next step, bahan- bahan yang tak banyak, masukkan daun sup, bebola ikan, dan belahan tomato, biasanya wani guna 2 biji tomato. masukkan juga kiub pati ayam dan serbuk lada putih dalam 1/2 sudu teh. kalau terasa nak tambah air ikut orang nak makan boleh tambah, agak-agak semua tu


tutup periuk, tekan low pressure selama 4 minit dan tekan button on


putar tombol ke pressure 


selepas bunyi beep, tekan button off dan putar tombol ke steam untuk lepaskan wap, baru boleh buka tudung.ok dah siap macam gambar kat atas. boleh perasakan dengan garam secukup rasa, boleh lah hidangkan ya.

boleh la letak aksesori tambahan macam sayur sawi yang dah dicelur, perahan limau nipis dan juga bawang goreng seperti gambar atas sekali. kenyang wehh  makan. XD. tengok gambar  dalam mangkuk tu ya.

terlintas nak guna kerangka ayam ni sebab abah memang tak berapa suka kalau part ada isi ayam, dia suka jenis yang tulang-tulang. jadi terfikir nak buat dengan kerangka ayam, nampaknya memang sedap juga lah. lagipun kerangka ayam ni murah kan.hii..

dan lagi satu masak dalam noxxa, ayam tu walaupun tulangcampur isi,  bila masak lain tekstur nya, lembut, tu lain sikit, rasa nya bukan macam masak atas dapur. tulang tu pun memang lerai habis, senang orang tua makan tak sakit gigi. hii

simple kan. kalau rajin wani masukkan bawang putih, bawang kuning dan halia bakar sikit..kalau malas, style macam ni la wani buat.

dan lagi satu, nak rebus kerangka ayam ni baik rebus awal sikit, kalau malam nak makan, tengah hari tu dah boleh rebus dah kerangka ayam ni, lepas tu biar jerr dalam periuk tu dulu, orang kata nak minimumkan lagi masa kan, itulah apa yang kita nak buat pun semua kena planning sampai lah masuk bab nak masak.

resepi mudah kat bawah. selamat mencuba :)

BIHUN SUP MUDAH NOXXA  

BAHAN -BAHAN

2 ekor kerangka ayam
2 biji tomato
6 biji bebola ikan dibelah 4
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1/2 kiub pati ayam
daun sup secukupnya
bihun yang telah dicelur secukupnya
garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN

limau nipis
bawang goreng
sayur sawi yang telah dicelur

CARA-CARA

1. dalam periuk noxxa, letakkan 2 ekor kerangka ayam yang dah dibersihkan, letakkan air paras - paras.

2. untuk kerangka ayam ini, kita hanya guna low pressure, jadi, tekan low pressure 6 minit, lepas tu tekan button on

3. pastikan  tombol ke pressure

4. selepas bunyi beep, tekan button off, kemudian putar tombol ke steam untuk lepaskan wap sampai habis. buka tudung nampak lah kerangka ayam macam ni.nanti, kerangka ayam ni masak seekor macam ni, lepas masak, baru boleh leraikan sikit bahagian sendi -sendi nanti senang nak makan,

5. kemudian next step, bahan- bahan yang tak banyak, masukkan daun sup, bebola ikan, dan belahan tomato, biasanya wani guna 2 biji tomato. masukkan juga kiub pati ayam dan serbuk lada putih dalam 1/2 sudu teh. kalau terasa nak tambah air ikut orang nak makan boleh tambah, agak-agak semua tu

6. tutup periuk, tekan low pressure selama 4 minit dan tekan button on

7. putar tombol ke pressure 

8. selepas bunyi beep, tekan button off dan putar tombol ke steam untuk lepaskan wap, baru boleh buka tudung.ok dah siap macam gambar kat atas. boleh perasakan dengan garam secukup rasa, boleh lah hidangkan ya.



2 comments:

Mas FVOME said...

sedapnya kak wanii

Shahida Dzulkafli said...

Cepat dan memudahkan ye periuk nie.. Ujan-ujan nie best pekena sup..