02 January 2018

ENTRI PERTAMA TAHUN 2018 || DADIH SUSU TEPUNG YANG SEDAP

ASSALAMUALAIKUM..

dadih susu tepung


salam semua

Alhamdulillah hari kedua untuk tahun baru,permulaan tahun baru yang agak sejuk, berangin dan hujan kat sini. ingat semalam nak update blog, tapi tak sempat, ingat nak buat la kenangan first day tahun baru, terpaksa la postpone untuk hari ini, ikut kira masih banyak draft untuk tahun lepas, jawabnya bertambah draft untuk tahun ini,biasalah macam ni,masa datang idea update la sikit - sikit, lepas tu jadi draft balik, dan mungkin boleh jadi 2 hari, boleh jadi seminggu, boleh jadi bulan pulak XD.

so, untuk entri pertama pada tahun baru ini, wani nak share resepi dadih susu tepung.seperti biasa dah lama buat baru nak up resepi.  resepi ini, ada masukkan coffee mate. sebelum ni ada pernah buat juga, boleh baca kat SINI, lebih kurang jugak, cuma sukatan untuk resepi yang tu banyak sampai 3 liter air guna. wani terlintas nak buat sebab macam lama tak makan dadih susu homemade ni. senang pun senang ya, cuma bila tengok part nak timbang agar- agar tu dalam 7 gm. kalau ada penimbang yang elektronik tu lagi senang lah ya.

sedap, terasa susu walaupun bukan guna susu segar hii..selamat mencuba


DADIH SUSU TEPUNG - resepi asal dari mothercooks Sumber: my travel my food 2 cawan susu tepung - aku pakai susu everyday 1 cawan coffemate 3 cawan air suam 7 gm agar-agar 1 liter air 100 gm gula pasir Cup plastik secukupnya Cara-cara: 1. Masak agar-agar dengan 1 liter air hingga agar-agar hancur. 2. Kemudian masukkan gula dan masak lagi hingga gula hancur. 3. Bancuhkan susu tepung dan coffeemate dengan 3 cawan air suam hingga sebati. Tuangkan kedalam agar-agar. Kacau sampai sebati. 4. Tapiskan agar-agar dan tuangkan ke dalam cawan plastik. Bekukan dalam di dalam peti ais. Memang sedap sangat dimakan ketika sejuk. Rasa sejuk jer masuk dalam tekak.
Komen
3 Komen

3 comments:

Shahida Dzulkafli said...

Wah.. Menarik nie..

Cik Ash said...

lama dah tak makan dadih.. sama la kita wani baru sempat update blog hari ni.. semalam tak sempat busy sangat lagi x berapa nak larat kurang sihat

Mas FVOME said...

sedapnya tuu

Recent

Blog Wani Sukarno Copyright © 2018. Designed by MaiGraphicDesign