BERRYBRIGHT || MINUMAN UNTUK KESIHATAN MATA - Blog Wani Sukarno

03 February 2018

BERRYBRIGHT || MINUMAN UNTUK KESIHATAN MATA

ASSALAMUALAIKUM..

BerryBright

Siapa kat sini yang ada mata kering dan letih, lagi satu ada lingkaran bawah mata. Ketiga- tiga simptom tersebut boleh membuatkan mata kita tak selesa kan. Lebih  - lebih lagi ada lingkaran bawah mata, lagi la macam tak ada self- confidence. Betul tak ? Mengadap cermin hari - hari asyik nampak lingkaran gelap bawah mata. Macam cakap kat diri sendiri dah XD, Wani ada ke semua simptom tersebut, terutama sekali mata kering. Memang mudah sangat mata kering.

Wani nak cadangkan untuk korang semua ambil supplement untuk kesihatan dan kecantikan mata iaitu produk BerryBright. Pernah dengar tak ? Kalau nak mata cantik dan sihat, wajib cuba produk BerryBright. Wani dah cuba ya. Nak tahu review, jom nanti baca kat bawah. Sebelum itu, nak perkenalkan dulu secara ringkas produk BerryBright.

APAKAH ITU BERRYBRIGHT ? 


BerryBright merupakan supplemen mata yang berasaskan makanan daripada bahan sumber asli serta dilengkapi dengan nutrisi penting untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan serta penglihatan mata. Jadi, buat korang yang tengah tercari- cari produk untuk kesihatan mata, Jadikan BerryBright pilihan korang semua. sebab ada banyak manfaat sekiranya korang amalkan supplemen ini. 

Berry Bright telah dikeluarkan oleh EURYKA NATURAPATHICS, salah satu syarikat yang mengeluarkan produk - produk kesihatan. EURYKA juga adalah salah satu pengedar untuk jenama - jenama kesihatan di Malaysia sejak tahun 2012. Dengan tagline "Empowering Natural Healing", misi EURYKA adalah untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan yang optimal kepada setiap individu untuk menikmati kualiti kehidupan yang lebih sihat. Dengan produk yang dikeluarkan seperti BerryBright, mudahan ia dapat membantu semua orang untuk mata yang lebih sihat.



SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR 

BerryBright boleh diminum untuk semua orang bermula peringkat kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas.

KEPADA SESIAPA YANG MENGALAMI SIMPTOM - SIMPTOM SEPERTI DI BAWAH 

1. Pengguna contact lens

Sekarang ramai yang mengenakan contact lens sama ada untuk nampak cantik dan ada juga yang pakai bagi yang jenis mata rabun. Macam -macam sekarang kan, Tapi tahu tak contact lens kalau pakai tak ikut peraturan memang sangat bahaya. Salah satunya mata kering dan letih. BerryBright mengandungi nutrien larut air yang membolehkan ia diserap dengan pantas dan memberi kelegaan dan sokongan kepada mata kita

2. Berhadapan dengan skrin untuk jangka masa panjang.

Sebenarnya kandungan bahan dalam BerryBright mengandungi "Lutein" yang mampu melindungi retina daripada sinaran biru yang merbahaya. Sinaran biru ini biasanya datang daripada telefon pintar, tv, computer dan lain - lain yang boleh menyebabkan kerosakan dan mempercepatkan proses penuaan mata

3. Lingkaran hitam bawah mata. 

BerryBright diformulasi untuk meningkatkan peredaran darah ( peredaran mikro ) dengan menyingkirkan toksin, mengurangkan pembentukan lingkaran hitam bawah mata. Selain itu, ia juga memberikan anda penglihatan yang lebih jelas dan segar.

2 JENIS BERRYBRIGHT 

Untuk pengetahuan semua, ada 2 jenis BerryBright iaitu

 BerryBright Original 

Mengandungi fruktosa semulajadi, kandungan gula adalah besamaan dengan setengah biji epal. Setiap hidangan mengandungi 38 kalori. sangat sesuai untuk semua peringkat umur.

BerryBright Stevia

Tidak mengandungi gula tambahan, menggunakan Stevia yang berasaskan tumbuhan sebagai pemanis. Setiap hidangan mengandungi 31 kalori. Diperkaya dengan antosianinn Bilberi Eropah dan beri campuran. Sesuai untuk semua peringkat umur. Tetapi disyorkan untuk individu yang ingin mengurangkan pengambilan gula dan pesakit kencing manis.

BAHAN - BAHAN UTAMA BERRYBRIGHT DIPERBUAT DARIPADA SUMBER ASLI 




Ke semua bahan di dalam BerryBright adalah daripada bahan sumber asli dan ke semua bahan ini mempunyai khasiat yang tertentu. Jom kita tengok apa yang terkandung dalam setiap bahan sumber asli yang ada dalam BerryBright ini.

NZ Antosianin Blackcurrant

1. Melegakan keletihan mata

2. Mengurangkan lingkaran hitam pada mata

4. Merangsang regenerasi rodopsin ( sel mata ) untuk meningkatkan penglihatan


Ekstrak Eyabright 

1. Herba Eropah yang digunakan sebagai ubat mata secara tradisional

2. Digunakan untuk merawat penyakit mata, membantu melegakan mata kering

Ekstrak Marigold

1. Sumber yang kaya dengan beta- karoten, lutein dan zeaxanthin

2. Melindungi retina mata, melindungi mata daripada sinaran biru yang berbahaya

Vitamin C

1. Antioksidan larut air 

2. Melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas 

3. Meningkatkan vaskulariti mata serta kerengsaan dan keletihan mata

Ekstrak Billberi Eropah  ( hanya untuk BerryBright Stevia sahaja ) 

1. Kaya dengan antioksidan seperti antosianin dan flavonoid

2. Menguatkan kapilari darah mata dan melancarkan peredaran darah 

Stevia (hanya untuk BerryBright Stevia sahaja )

1. Pemanis tanpa kalori yang 100 % semulajadi

2. Terbukti selamat untuk penghidap kencing manis


 KENAPA PERLU PILIH BERRYBRIGHT 

Setiap sachet memberikan faedah yang sama dengan 100 buah blackcurrant. Ia juga tinggi kandungan Vitamin C iaitu 500mg per sachet bersamaan 10 buah oren. Buah oren kaya dengan Vitamin C, tetapi bayangkan dalam setiap satu sachet dah bersamaan 10 buah oren. Lagipun BerryBright ini adalah tanpa pewarna dan pengawet dan ianya sesuai untu vegetarian. Kalau korang tanya halal ke tak, mestilah halal. Jadi tak payah risau ya. Ke semua bahan dalam BerryBright adalah daripada sumber asli. 

CARA PENYEDIAAN 

Nak minum BerryBright korang hanya sediakan 150 ml air bersuhu bilik ataupun air sejuk. Tuangkan satu sachet BerryBright. Kemudian kacau sehingga larut dan terus minum untuk mengelakkan pengoksidaan. Dan waktu yang paling sesuai untuk minum adalah sebelum makan. Jadi, minumlah pada waktu pagi. 

HARGA UNTUK BERRYBRIGHT

Untuk sekotak BerryBright yang ada 10 sachet ini harganya berlainan. Sebab yang bezanya original dan juga stevia

BerryBright Original
RM 44.90

BerryBright Stevia
RM 49.90


PEMENANG ANUGERAH

Apa yang Wani sangat kagum adalah, BerryBright telah banyak menerima anugerah - anugerah seperti di bawah.

1. Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017,dianjurkan bersama Sinchew Daily and Life Magazines, disokong dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

2. Natural Health Readers' Choice Awards 2017,2015, 2014 dan juga pemenang terbaik untuk suplemen penjagaan mata semulajadi

3. Long Life Health & Beauty Awards 2015 & 2014 Pemenang bagi kategori "penjagaan mata" (Eye Care )

REVIEW WANI TENTANG BERRYBRIGHT 



Selama seminggu Wani dah minum BerryBright. Jujur nak cakap kat sini, tak buka kotak lagi dah bau blackcurrant. Lagi lah tak sabar nak minum hii. Bagi orang seperti Wani yang sentiasa mengadap skrin laptop tak kisah lah skrin di handphone ke, selalunya mata akan jadi cepat kering dan merah. Lagi satu, kalau masuk tempat yang ada air-cond, memang mata akan jadi merah. Begitulah masalah tentang mata Wani, mata merah, cepat kering dan mata nampak letih. Sebenarnya, ia boleh membawa risiko untuk mata juga. Mata pun memerlukan supplemen supaya mata kita sentiasa sihat. Jadi, jangan ambil remeh pasal mata. Aset utama yang perlu dijaga juga. 

Wani dah cuba kedua - dua BerryBright Stevia dan Original. Kedua - dua sangat sedap, yang bezanya satu ada Stevia dan satu lagi tidak ada. Untuk yang Stevia, kalau pesakit kencing manis sangat sesuai minum. 

Dengan rasa blackcurrant semulajadi, tiada gula tambahan dan hanya daripada sumber semulajadi, memang Wani yakin, BerryBright mampu untuk melegakan mata yang letih sekiranya minum secara berterusan. Korang semua patut cuba BerryBright

DISKAUN SEHINGGA 15%

Perhatian untuk follower atau pembaca yang dikasihi, Wani ada berita baik untuk korang semua, sekiranya berminat untuk mendapatkan BerryBright ini, boleh masukkan code di bawah untuk mendapatkan diskaun sehingga 15 %. Menarik tak !. Masukkan code seperti di bawah ya !

                                                         ====> wanisukarnodc01

Sekarang, memang BerryBright tengah promosi, jadi sangat rugi jika korang semua tak ambil peluang ini. Kod diskaun ini hanya sah sehingga 15 March bulan depan.


Untuk maklumat lanjut, anda semua boleh layari laman web dan sosial media BerryBright

Website : https://euryka.my/

Facebook : https://www.facebook.com/berrybrightmy/

Instagram : @berrybrightmy










5 comments:

mamapp said...

wah bestnya produk ni

Khir Khalid said...

Nampak menarik sbb berasaskan bahan semulajadi. Bagus juga klu amalkan ni. Thanks sharing :)

Jari Manis said...

bagus ada produk mcm ni..biasa org beli produk utk cantik kan kulit tak titik berat hal mata

nadhie wueen said...

Wow cam menarik je kak wani. nak cket. hehe

HeNRieTTa JoSe said...

menarik kan.....