LABU SIAM GORENG BELACAN - Blog Wani Sukarno

09 February 2018

LABU SIAM GORENG BELACAN

ASSALAMUALAIKUM.

labu siam goreng belacan

Baru-baru ini ada pos gambar labu siam kat instagram. Masa tu, tak tahu sayur jenis apa nak kata macam labu tak macam labu. Macam buah pear pun ada hii. Pernah cuba masak labu siam ni tapi sekali jerr, sebab masa tu curiosity tahap tinggi nak rasa macam mana. Tak ingat pulak masak tu stir fry ke apa, langsung hilang terus memori masak sayur ni. XD. Tak pernah nak beli pun labu siam ni sebab tengok ke rupa macam tak ada rasa apa. Sampai macam tu sekali fikir. hii

Nampak sangat tak tahu sayur apa sebab ramai yang komen kat instagram sayur ni masak macam ni macam tu XD. Kita seorang jerr jakun padahal dah try masak sekali cuma tak ingat sayur apa. Rupanya labu siam atau panggilan lain chayote itu in english.


Semasa trip ke Cameron Highlands baru -baru ini, abah Wani yang terbeli labu siam ni. Katanya nak buat jus. Wani terfikir macam mana rasa jus labu siam.huu. Lepas tu, lama- lama tak jadi pula dia nak buat jus. Duduk lah tergolek dalam peti 2 biji tu. Lama sangat peram dalam peti tu, tapi elok jerr sayurnya maknanya tahan lama la juga ya labu siam ni.

Cuba cari resepi tapi terlintas nak goreng macam kangkung goreng belacan tu XD. Sekali tengok sayur ni macam buah jambu batu bila belah potong 2


Bagi Wani labu siam ni rasa dia manis kalau cuba makan saja, patutlah ada cadangan boleh buat jus, dan kalau nak masak pun macam-macam cadangan masuk dalam sup boleh, gulai lemak lah, goreng pun ada. Itu masa post kat instagram, macam-macam korang bagi idea, terima kasih lah. Kalau ikut banyak khasiat juga ya labu siam ni.

Bila dah kategori labu ni, Wani memang kurang nak makan, banyak sebenar bab sayur yang kena pantang, kat rumah ni terung, kacang panjang memang NO- NO lah bertahun dah tak masak guna sayur ni. Jenis perut tak berapa boleh makan semua. Labu kuning tu pun jarang sekali nak masak. hii.. memang suka labu kuning, tapi jarang jarang boleh kot nak masak

Korang boleh cuba kalau nak goreng belacan macam ni. Walaupun kali pertama masak goreng belacan, semua kata sedap maknanya masuklah dengan goreng belacan. dan rasanya ada tekstur crunchy sikit. Tapi kalau orang tak biasa makan, mungkin akan cakap bland tasting jer. Nanti cuba ubah mindset sikit, sedap sebenarnya :D

Resepi sangat simple

LABU SIAM GORENG BELACAN

BAHAN-BAHAN

1 biji sederhana labu siam
4 - 5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 tangkai lada burung
belacan sebesar ibu jari

CARA-CARA

1. labu siam potong 2 dan hiris nipis rujuk dalam gambar

2. tumbuk bawang merah, bawang putih dan juga lada burung sehingga lumat

3. masukkan belacan dan tumbuk lagi

4. tumis kan ke semua bahan tumbuk sehingga naik bau dan masak

5. masukkan labu siam dan kacau rata dan sampai lembut. kalau nak masuk bahan perasa sikit. silakan :)

6. boleh hidangkan

8 comments:

Raydah said...

first time tgk labu siam hehe

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

labu siam ?? ok first time ccl tengok dan first time ccl dengar . sedap ke .

nadhie wueen said...

Wahh tak pernah try n rasa labu siam goreng belacan ni. menarik ni sis. teringin nak try

Zuhaira Nasrin said...

first time tahu pasal labu siam ni hehe

Cik Ash said...

pernah tengok tapi xtaw gapo hahahahha

Auni Sofea said...

Susah x nak cari labu siam tu? Sama x dengan sayur labu air?

Juls Julie80 said...

pernah makan sayur ni rasanya 10 thn lepas..tp x tau nama apa...mula2 tu mmg kite ingatkan ni spesis buah jambu batu rupanya labu...sedap jugak tumis air..hehehe

Shiqin Sunshine said...

owhh labu siam..mcm jambu skit hahaha