12 March 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

Bantuan rakyat 1 Malaysia

Semua orang pun sudah tahu duit BR1M telah pun diagihkan samada terus dipindah masuk ke akaun bank ataupun dapat baucer. Anda yang mana satu ? Walaupun pengagihan duit BR1M mengikut fasa yang telah ditetapkan kena bersabar ya. Kepada yang tak dapat duit BR1M, harap bersabar lah ya, mungkin mana yang tak dapat, cuba semak balik atau ingat balik,ada yang terlanggar syarat ke.

Di sini, Wani nak kongsikan 9 sebab kenapa permohonan BR1M anda gagal?

1. Tanggungan 

Maklumat tanggungan yang tidak tepat

2. Maklumat pasangan 

Tiada maklumat pasangan bagi pemohon

3. Jumlah permohonan

Memohon lebih dari satu kali ( suami dan isteri membuat permohonan berasingan )

4. Dokumen Peribadi

Tidak menyertakan dokumen pengesahan status penceraian atau kematian pasangan

5. Menerima kad debit diskaun siswa 1Malaysia 

Pelajar yang layak menerima kad debit diskaun siswa 1Malaysia bagi sesi 2017/2018

6. Maklumat Pendapatan 

Tidak melaporkan pendapatan bagi yang bekerja sendiri dan yang makan gaji

7. Berada di luar negara 

Pemohon yang menetap, bekerja atau pun belajar di luar negara

8. Kemaskini permohonan 

Penerima BR1M sejak 2015 yang tidak mengemaskini maklumat bagi tempoh 3 tahun

9. Maklumat Peribadi 

Maklumat peribadi tidak tepat seperti nama dan nombor kad pengenalan dan status perkahwinan

Itu di antara 9 sebab kenapa permohonan BR1M anda ditolak. Kebiasaannya, banyak maklumat yang tidak lengkap, Jadi sila ambil perhatian sekiranya ingin permohonan BR1M anda diluluskan

Nota : Penerima BR1M perlu mengemaskini maklumat peribadi mereka ( jika ada perubahan ) semasa tempoh permohonan dibuka bagi mengelakkan kegagalan permohonan. 

This post have 3 komentar

avatar
mrhanafi delete March 12, 2018 at 2:16 PM

bersyukur juga kerana layak menerima BR1M ..

kalau tak layak lagilah bersyukur kerana menunjukkan pendapatan yang sangat mampu dalam dunia yang sangat fana ini

Reply
avatar
Azah Rahaman delete March 13, 2018 at 9:55 PM

alhamdulilah, azah terpilih dapat brim. syukur

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram