JUS KIWI DAN TEMBIKAI SUSU YANG SEDAP

ASSALAMUALAIKUM..

jus kiwi dan tembikai susu

Cuaca yang panas dah  sejak 2 minggu ni. Tapi dengar macam tempat lain dah hujan. Kat sini panas . Kena bersedia untuk minum air banyak - banyak untuk elakkan dehidrasi. Minum jus pun ok juga. Jarang nak blend buah buat jus hihi. Tapi bila datang angin rajin buat jerr lah. Tembikai susu memang buah kegemaran, Sebab isi nya manis kalau pandai pilih, lebih lagi bila makan sejuk- sejuk. Sekarang, tembikai susu dah macam mahal.

Wani terfikir nak blend dengan buah kiwi, sedap rasa masam dan manis, sebab blend kiwi yang rasanya masam sikit. Dalam gelas tu nampak pekat, tak letak air banyak sangat pun, cukup lah boleh manis - manis buah.

Seperti buah - buah yang lain, tembikai susu pun ada khasiat tersendiri. Di antara khasiat tersebut

1. Sumber vitamin A
2. Sumber vitamin C
3. Kaya dengan kalium
4. Mengandungi Likopen
5. Mencegah Diabetes dan Stroke
6. Untuk kesihatan mata
7. Mencegah kanser



Bagaimana pula dengan khasiat buah kiwi ? ramai ke penggemar buah kiwi kat sini, ke ada yang tak suka, siapa lah yang tak suka dengan buah kiwi.  Sudah tentu, buah kiwi pun ada khasiatnya tersendiri. Walaupun harganya tu nak kata mahal pun ya juga.

Di antara khasiat buah kiwi untuk kesihatan :

1. Untuk kesihatan jantung
2. Ibu hamil pun galakkan makan kiwi, ini kerana ia dapat membantu cacat saraf pada bayi dan juga perkembangan otak
3. Kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi dan sangat membantu untuk kesihatan kulit
4. Kandungan zat besi dalam buah kiwi sangat bagus untuk mengatasi masalah kurangnya sel darah merah

Banyak lagi kalau ikutkan khasiat buah kiwi dan tembikai susu,


Senang dah sejak ada blender mini, nak blend jus buah, nanti kalau korang nak minum tak payah lah masukkan ais, dan gula, minum jerr macam tu.

3 Comments

  1. sedapnya buah kiwi ni... slu duk tgk ja... nak beli mahal sgt... muahahaha

    ReplyDelete
  2. Uishh sedapnya kena cari bahan ni boleh buat nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post