PENGAT UBI KELADI - Blog Wani Sukarno

08 March 2018

PENGAT UBI KELADI

ASSALAMUALAIKUM..

pengat ubi keladi

Bulan puasa dah tak lama dah, InsyaAllah mungkin 17 bulan 5 nanti, kita akan menyambut bulan puasa. Bila sebut bulan puasa, mesti nak kaitkan dengan menu nak makan apa. Memang hari - hari soalan yang sama huhu. kan. Letih fikir bab nak makan  nak berbuka puasa. Bukan saja bab lauk - pauk, menu kuih - muih pun kena ambil kira juga. Kalau boleh nak cara masak yang mudah jerr kan. Ambil masa lama kat dapur ni pun tak nak juga.  Kalau korang nak cari menu apa - apa, meh jenguk - jenguk kat blog ini ya. =D.

Lama sangat gambar dah dalam draft. Pengat, ada yang suka makan pengat, Pengat macam- macam ada pengat pisang, pengat nangka,  pengat durian, tapi kalau guna ubi keladi boleh panggil pengat tak. hihi. Pengat yang biasa boleh masuk tekak ni hanya pengat durian dan pengat ubi keladi jerr.. hii. Pengat lain kurang sikit.

Resepi ini banyak gambar, baru macam nampak complete, kalau buang salah satu macam tergantung pulak. :D. Ok jom tengok


Pertama sekali kena ada ubi keladi. Ubi keladi kampung bukan ubi keladi siam yang mahal tu. Boleh dapatkan di pasar


Ubi keladi jangan basuh dulu, kupas kulit dan kemudian potong rujuk gambar diatas, kalau boleh hiris jangan tebal sangat, sebab nanti nak rebus nak bagi masak sekata. Yang dalam gambar ni tebal tau, Silap potong, kena potong nipis sikit lagi hihi..

Ubi keladi yang telah dipotong sederhana dibiarkan macam tu ya, jangan basuh nanti akan keluar lendir. Tips yang perlu diikut. Ingat tu jangan basuh lagi. 

Sediakan air untuk direbus sampai mendidih terlebih dahulu


Dah nampak air panas mendidih, bersedia nak basuhkan ubi keladi, tips macam ni penting ya sebab kalau basuh awal nanti keluar lendir tu yang kena basuh last minit terus masukkan ke dalam periuk mendidih.


Lepas basuh, terus masukkan ke dalam air mendidih. Rebus sampai lembut dan empuk, Cucuk dengan garpu.


Bila dah empuk, boleh sejatkan ke dalam penapis. 


Untuk kuah, santan guna dalam 4 cawan santan, 


Masukkan 2 sudu besar tepung beras dan kacau rata sampai sebati sebelum kita letak atas dapur. Masukkan juga garam secukup rasa dan juga gula melaka, Boleh agak gula melaka

Kemudian letak atas dapur dan kacau sehingga santan mendidih dan kuah pun dah nampak pekat.


Gambar dah terus masukkan ubi keladi dah =D. Tapi ini bila santan dah masak ya. Dah mendidih lama sikit, baru boleh masukkan ubi keladi.


Kacau -kacau sekejap biar mesra dengan kuah. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 

PENGAT UBI KELADI 

BAHAN-BAHAN

2 tongkol ubi keladi
1/2 gula melaka ( kalau rasa tak manis boleh tambah )
4 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
garam secukup rasa

CARA-CARA

1. Ubi keladi jangan basuh dulu, kupas kulit dan kemudian potong rujuk gambar diatas, kalau boleh hiris jangan tebal sangat, sebab nanti nak rebus nak bagi masak sekata. Yang dalam gambar ni tebal tau, Silap potong, kena potong nipis sikit lagi hihi..

Ubi keladi yang telah dipotong sederhana dibiarkan macam tu ya, jangan basuh nanti akan keluar lendir. Tips yang perlu diikut. Ingat tu jangan basuh lagi. 

2. Sediakan air untuk direbus sampai mendidih terlebih dahulu

3. Dah nampak air panas mendidih, bersedia nak basuhkan ubi keladi, tips macam ni penting ya sebab kalau basuh awal nanti keluar lendir tu yang kena basuh last minit terus masukkan ke dalam periuk mendidih.

4. Lepas basuh, terus masukkan ke dalam air mendidih. Rebus sampai lembut dan empuk, Cucuk dengan garpu.

5. Bila dah empuk, boleh sejatkan ke dalam penapis. 

6. Untuk kuah, santan guna dalam 4 cawan santan, 

7. Masukkan 2 sudu besar tepung beras dan kacau rata sampai sebati sebelum kita letak atas dapur. Masukkan juga garam secukup rasa dan juga gula melaka, Boleh agak gula melaka

Kemudian letak atas dapur dan kacau sehingga santan mendidih dan kuah pun dah nampak pekat.

8. Dah mendidih lama sikit, baru boleh masukkan ubi keladi. Kacau -kacau sekejap biar mesra dengan kuah. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.






2 comments:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Menarik ni , ccl belum pernah makan pengat ubi keledek .

Mar Mansor said...

mak selalu buat dulu.bubuh tepung gentel.
Janji Kita