BUAT DUIT DENGAN MARKETPLACE TOK SYED - Blog Wani Sukarno

05 April 2018

BUAT DUIT DENGAN MARKETPLACE TOK SYED

ASSALAMUALAIKUM

Buat duit dengan marketplace tok syed

Buat duit dengan marketplace Tok Syed || Sekarang, semua orang dah berlumba - lumba nak cari duit lebih. Nak cari pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan harian yang makin hari makin meningkat. Wani nak perkenalkan dekat anda semua satu platform untuk buat duit secara online sahaja. Nak tak ?. Wani pun sekarang berjinak- jinak untuk buat duit online yang penting ada usaha, di situ ada jalan. Boleh tambah duit lebih dan tampung perbelanjaan harian.

Pernah dengar marketplace Tok Syed tak ? Nanti Wani nak terangkan  bagaimana anda boleh menjadi sebagai seorang microworkers online dan juga affiliates dan menjana pendapatan secara pasif dengan marketplace Tok Syed.

MARKETPLACE TOK SYED



Marketplace Tok Syed adalah satu platform e-commerce di mana ada pelbagai jenis jobs yang boleh anda lakukan. Kerja - kerja online ini terbuka kepada sesiapa sahaja samaada suri rumah, students, freelancer dan mereka yang ingin menjana pendapatan secara online.

Contoh - contoh kerja online di sistem marketplace Tok Syed :

1. Post review di blog anda
2. share post di wall facebook anda
3. Like page facebook sesuatu perniagaan
4. Follow akaun instagram seseorang
5. Share URL di wall facebook anda
6. Buat review produk di akaun social media anda
7. Blast mesej di group whatsapp di telefon anda

Sekiranya anda boleh melakukan kerja - kerja seperti di atas. Maknanya, anda dah bersedia untuk menjana pendapatan secara pasif di marketplace Tok Syed ini.

REGISTER SEBAGAI MEMBERSHIP

Untuk melakukan kerja - kerja online ini, anda perlu daftar terlebih dahulu disebabkan marketplace Tok Syed hanya untuk ahli - ahli yang berdaftar sahaja dan ia adalah percuma

Untuk berdaftar, boleh klik link ini >>> REGISTER MARKETPLACE TOK SYED

Ke semua maklumat mestilah diisi dengan lengkap. Ikuti ke semua langkah dan arahan dengan betul.

CARA BUAT DUIT MENGGUNAKAN SISTEM MARKETPLACE TOK SYED

Setelah selesai register, anda boleh login akaun untuk masuk ke sistem marketplace Tok Syed. Untuk permulaan ini, mesti anda tertanya - tanya macam mana nak buat duit hanya menggunakan platform ini.

Sebenarnya ada empat cara bagaimana anda boleh buat duit secara online.

1. Program affiliate, refer user ke sistem ini
2. Jual beli produk marketplace yang disediakan
3. Buat jobs yang available di marketplace
4. Jual produk Tok Syed sebagai pengedar dan dapat keuntungan runcit darinya

Cara 1 Program Affiliate 



Sebaik sahaja anda berdaftar, secara automatiknya anda juga sebagai seorang affiliate. Di bawah program affiliate, apa yang perlu anda buat adalah untuk mempromosikan marketplace Tok Syed dengan hanya menggunakan link affiliate anda.

Untuk mendapatkan link tersebut, anda perlu klik menu "affiliate program" di mana ia akan memaparkan link affiliate anda dalam bentuk bit. ly link. anda boleh copy link tersebut. Anda boleh mempromosikan link affiliate anda di mana -mana social media supaya lebih ramai orang berdaftar di bawah link affiliate anda. Lagi ramai berdaftar di bawah anda, lagi banyak keuntungan yang anda dapat.

Cara 2 Jualbeli Di Marketplace 



Sekiranya anda mempunyai produk untuk di jual, anda boleh menggunakan marketplace Tok Syed sebagai e-commerce untuk anda berniaga. Jadi, anda tak perlu bersusah payah untuk membuat platform lain untuk anda berniaga, hanya menggunakan sistem marketplace Tok Syed untuk anda mengembangkan lagi bisnes anda.

Untuk senaraikan produk anda, boleh klik di menu "My marketplace". Setiap produk yang disenarai akan direview terlebih dahulu oleh admin. Untuk approval akan mengambil masa dalam 24 jam dari masa yang disubmit. Produk yang dijual di dalam sistem marketplace Tok Syed adalah tidak terhad.

Rujuk gambar di atas, untuk view marketplace, boleh klik pada menu marketplace. Prospek yang hendak membeli di sini, perlu berdaftar akaun sebagai membership terlebih dahulu.



Cara 3 Buat Jobs Di Marketplace



Untuk cara ketiga ini, Wani dah banyak menyiapkan jobs yang disediakan oleh marketplace Tok Syed ini. Ini cara yang mudah sekiranya anda ingin menyiapkan jobs dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam masa yang sama anda sedang menjana pendapatan secara online.

Untuk melakukan tugasan yang disediakan, anda boleh lihat di bahagian "categories" dan klik "jobs". Di sini, anda akan dapat melihat pelbagai skop tugasan yang perlu anda lakukan dan apa yang menariknya, anda boleh memilih jenis pekerjaan yang anda suka. Pendapatan secara online bergantung kepada jenis skop kerja yang anda pilih. Mudah kan !.



Pilih mana - mana jobs yang anda suka dan klik untuk "apply this job". Seterusnya, ikut arahan yang diberikan. Untuk setiap job yang disediakan 1.00 pitee bersamaan dengan RM 1.00. Ingat, tempoh tugasan ada masa yang telah ditetapkan dan jangan terlepas pandang. Pastikan anda submit bukti buat job seperti yang dikehendaki dalam masa yang ditetapkan.


Rujuk gambar di bawah, ini adalah ke semua jobs yang telah Wani siapkan setakat ini.





Jumlah nilai pitee yang telah dikumpulkan. Lihat di "my wallet".Ke semuanya jobs yang Wani dah siapkan bernilai RM 22.00. Banyak lagi jobs yang perlu disiapkan, tengah tunggu giliran. Macam mana best tak ? Ke semua jobs dah disediakan oleh pihak HQ, cuma kita yang kena bersedia untuk melakukan jobs yang diberikan.

Cara 4 Jual Produk Tok Syed Dan Dapat Keuntungan Runcit Sebagai Pengedar


Sekiranya anda ingin menjual produk Tok Syed, anda boleh berdaftar untuk  menjadi pengedar dan mendapat keuntungan runcit hasil dari jualan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik link WHATSAPP di bawah. Pihak Tok Syed akan membantu anda bagaimana untuk menjadi pengedar. Boleh direct klik link whatsapp di bawah ya.

 >>>>>  SAYA BERMINAT UNTUK MENJADI PENGEDAR


JOM JANA PENDAPATAN SECARA ONLINE DENGAN MARKETPLACE TOK SYED

Dah jelas dah sekarang macam mana nak jana income secara online dengan marketplace Tok Syed. Harap semuanya dah jelas.  Sekiranya anda masih tercari - cari lubuk buat duit online, anda boleh mencuba dengan platform ini. Sememangnya ia mudah dan terbuka kepada semua. Sekali lagi anda boleh klik di sini >>>> BUAT DUIT ONLINE 

Seperti pepatah " Di mana ada kemahuan, Di situ ada jalan". Apa lagi jom join semuanya mudah hanya di hujung jari. :)

4 comments:

Cik Ash said...

program yang bagus ni siapa berminat boleh join

Azmi Writer said...

Assalamualaikum dan salam jumaat dari saya. SInggah blogwalking :)

Pandai tok syed buat kempen pemasaran

Warisan Petani said...

Program yang bagus untuk menjana pendapatan sampingan.

Cik Tie said...

Program yang bagus ni.. siapa yang minat dan nak boleh buat duit ni