14 April 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM...

Haier air fryer

Ambil masa nak taip entri ini

Alhamdulillah, setelah sekian lama survey sana sini, baca review pengguna yang guna air fryer haier di blog, tak ramai sangat lagi yang review ada dalam 2 blog tak silap. Betapa pentingnya blog di mata pembaca. Macam Wani tercari - cari review untuk air fryer Haier  kat google, mestilah baca kat blog dulu.

Tak puas hati lagi pergi tengok kat youtube hii, tengok orang lain guna macam mana,ramai juga yang upload video air fryer Haier kat youtube. Kemudian, asyik buka tutup laman web Go Shop nak tengok harga macam mana. Sekali - sekala terpandang juga on air di laman web Go Shop tapi dalam chinese language. Versi untuk bahasa cina ada di saluran astro 303 tak silap. Tak puas hati lagi sampai ternampak Go Shop Pak Nil, bersama 2 host yang lain. Gigih tengok penggunaan air fryer Haier macam mana, sebab produk air fryer Haier ini paling laris di Go Shop.

Disebabkan dah lama nekad nak memiliki satu, jadi Wani ambil keputusan nak beli di Go Shop. Keyakinan yang tinggi nak beli sebab demo pun dah ada dalam tv kan, siap boleh tengok live lagi penggunaan air fryer macam mana,  itu sebab barang laris. Fikir nak walk-in kedai nak survey, rasanya dengan kekangan masa macam lambat, pergi jalan dari kedai ke kedai bukan satu yang mudah juga tu.  jadi pilih jalan ini untuk beli secara online.Memang betul lah dunia sekarang dah dihujung jari ada kebaikan juga tu. :).


Pada mulanya ingat nak bayar online terus, tapi macam tersekat suruh unblock apa dah, Kemudian terfikir balik nak ambil cash on delivery, senang sikit. Kita bayar cash bila barang dah sampai kat tangan. Kalau ikut hukum membeli, barang sampai kat tangan baru kita bayar kan. Itu bonda wani cakap sebab bila usul kat dia nak bayar cash lah sebab macam banyak step pulak nak bayar secara online. adeh.. Nasib baik lah boleh nak COD..

Wani order online hari Sabtu, tapi disebabkan hujung minggu, penghantaran barang dihantar pada hari Isnin, jadi ambil masa 3 hari bekerja. Unboxing kotak, alhamdulillah ke semua barang dalam keadaan baik, free gifts pun ada dan ke semuanya elok. Syukurlah, kerisauan tu ada juga, tapi bila dah beli online macam ni kena lah bertawakal tapi berdoa mudahan barang yang kita dapat dalam keadaan elok.


Harga untuk air fryer Haier ini, RM 279 ada free gifts bekas stainless steel dan set pisau boleh rujuk gambar atas ya. Tapi harga boleh dapat murah lagi bergantung sekiranya tengah on air di saluran 120 Go Shop . Nanti korang kena sentiasa check kat laman web Go Shop sekiranya promo code ada ke tak. Kalau ada, harga lagi murah nak banding RM 279.

Setakat ini, tengah bereksperimen guna air fryer, maklumlah masa awal nak keluar air fryer ni harga ribu riban la jugak kan, kali pertama dengar yang brand Philips jual, tu pun kalau ada kat Malaysia kena beli dengan delaer Amway. Sekarang ni dah macam- macam brand ada, terkejut jugak kalau tengok newsfeed facebook lalu - lalang macam- macam brand ada. Kalau nak yang panel LCD lagi nampak canggik kan zaman futuristik dah sekarang ni :D, tapi yang Haier punya, timer dan suhu kena pusing - pusing. Ikut kesukaan yang korang nak.

Lebih lagi puasa dah nak dekat, air fryer ni banyak membantu sebenarnya. Banyak lagi nak membebel pasal Haier ni, nanti next next entri kita buat review untuk air fryer brand Haier ni. ya..

This post have 7 komentar

avatar
Siqah Hussin delete April 15, 2018 at 9:56 AM

Pak Nil pandai promote barang kan? Hihi. Kawan Siqah baru je beli pressure cooker dari Go Shop jugak.

Impian nak ada air fryer. Nanti boleh berkongsi review mengenai cara penggunaanya ye Wani :)

Reply
avatar
nadhie wueen delete April 15, 2018 at 4:45 PM

Wahhh.. heavennya kak Wani. Nanti masakkan untuk kita guna air fryer tu. hehe

Reply
avatar
Mama Hakim delete April 15, 2018 at 5:13 PM

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu sis wani. Wah dapat koleksi terkini.

Reply
avatar
Cik Ash delete April 15, 2018 at 11:28 PM

wahhhhh yg go shop punya ke ni.. aduhhh berkenan gak ni

Reply
avatar
azlina ina delete April 16, 2018 at 8:16 AM

bestnyer..tengah berfikir juga nak membeli..ehehe

Reply
avatar
Warisan Petani delete April 16, 2018 at 9:51 PM

Owh, yang goreng tak pakai minyak tu ke?

Reply
avatar
adianiez AIDA delete April 25, 2018 at 12:32 PM

aida beli philips. last 2 years kot. RM999.
so far sgt membantu. sgt best. sgt sihat.
so, berbaloi beli ni.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram