04 May 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

5 tips cucian muka berkesan

Muka yang bebas dari segala masalah kulit  adalah idaman semua wanita. Bukan saja untuk wanita, lelaki pun perlu menjaga bahagian wajah supaya muka tiada sebarang masalah kulit. Siapa nak ada masalah kat kulit wajah kan. Lebih lagi, muka adalah salah satu aset penting untuk dijaga juga. Kalau tak hilang self - confidence kan. Nak menghadap muka orang pun rasa malu sebab muka sendiri tak cantik macam orang lain.

Selain daripada aspek memilih jenis pencuci muka yang digunakan, cucian muka yang berkesan juga perlu diambil kira. Kenapa perlu diambil kira? Salah satunya muka kita tak sama macam muka orang lain. Ada kulit muka berminyak, normal dan juga kulit kering kan.

Jadi, di sini nak kongsikan 5 tips untuk cucian muka berkesan. Cucian muka ni sangat penting ya untuk betul - betul hilangkan kotoran yang terdapat dalam liang pori muka.

5 TIPS CUCIAN MUKA BERKESAN

1. Tangan perlu dicuci

Sebenarnya tangan merupakan banyak kotoran yang tersembunyi, Jadi, pastikan tangan bersih dari segala kekotoran.

2. Buang kesan make - up  atau kotoran pada muka

Untuk yang biasa pakai make - up, pertama sekali kena bersihkan terlebih dahulu kesan make - up dengan menggunakan make - up remover. Sebelum cuci muka dengan mana - mana pencuci muka, ini langkah yang wajib, lebih lagi kalau ada yang pakai make - up tebal kan. Make - up amat susah untuk ditanggalkan jika hanya dengan mencuci muka sahaja. Ia juga akan menyebabkan liang pori tersumbat dan tidak bersih secara mendalam jika tidak menggunakan make - up remover.

3. Cuci muka menggunakan pencuci muka

Basahkan muka sedikit. Pencuci muka yang digunakan mestilah bersesuaian dengan jenis kulit muka. Samada pencuci muka jenis liquid ataupun bar, pastikan bersesuaian dengan jenis kulit muka.

4. Muka perlu dibilas dengan bersih

Bilas muka dengan air bersih. Kalau boleh dengan air suam, tapi guna air biasa pun boleh. Bilas sehingga betul - betul bersih dan tiada buih yang tertinggal. Keringkan muka dengan tuala muka yang lembut.

5. Moisturizer penting untuk melembapkan kulit muka

Selepas cuci muka bersih - bersih, lembapkan kulit muka dengan moisturizer yang bersesuaian. Ini adalah untuk mengembalikan kelembapan kulit muka kerana penggunaan pencuci muka boleh menghilangkan kelembapan pada kulit. Inilah peranan moisturizer

Itu saja. Ada lagi nak tambah tak, hii.. Walaupun tips ini macam biasa - biasa sahaja, tapi ia memainkan peranan penting supaya kulit muka kita betul - betul dicuci sehingga bersih tanpa segala kotoran. Untuk kulit wajah yang lebih sihat.

Baca sini >>> Tips Mudah Untuk Menyambung Lipstick Patah
Baca sini >>> 9 Ciri - Ciri Krim Muka Yang Mengandungi Merkuri
Baca sini >>> 4 Langkah Penjagaan Harian Kulit Wajah




This post have 2 komentar

avatar
Ibu Syurga delete May 5, 2018 at 7:09 AM

Assalamualaikum. Selamat pagi Sabtu. Ibu singgah blog walking. Semoga cuti huung minggu ini membawa keberkatan dalam diri sis wani.

Pagi pagi penting basuh muka bersih bersih kan wani

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram