RESEPI SOTONG BAKAR THAI AIR FRYER MUDAH DAN SEDAP - Blog Wani Sukarno

31 May 2018

RESEPI SOTONG BAKAR THAI AIR FRYER MUDAH DAN SEDAP

ASSALAMUALAIKUM...

SOTONG BAKAR THAI AIR FRYER

Salam semua hari ini dah masuk 15 Ramadan, kebuntuan dah nak masak menu apa kan. Kadang - kadang nak masak tapi macam dah datang sifat M tu, yang tu la payah, hii. Tak nak membebel panjang, dah lama dah teringin nak buat sotong bakar thai yang pernah viral dulu.. Menu ini buat sebelum puasa lagi. Baru nak cerita kat blog. Lama sangat peram, saja nak test grill sotong dengan air fryer. Memang macam - macam boleh buat dengan air fryer.

Kalau tak guna air fryer pun tak apa, boleh gril atas pemanggang apa pun.. Bila dah test guna air fryer ni, rasanya dah boleh buat untuk kali kedua dah pulak, senang dah sikit. Jadi, untuk korang yang ada air fryer atau pun berhajat nak beli air fryer boleh la cuba untuk resepi ini.

Resepi penuh kat bawah sekali ya. Ya ampun memang sedap masuk sungguh dengan pes thai yang sangat mudah disediakan, lebih lagi ada daun ketumbar itu yang membangkitkan selera sangat,  Bahan- bahannya sangat simple.


Ini rupanya pes Thai yang sangat mudah disediakan. Cuma kena pandai adjust masam pedas manis


Sotong yang telah diperap, Sotong kena kelar macam dalam gambar tu ya


Sotong yang dimasukkan dalam basket air fryer sedia untuk digril 

SOTONG BAKAR THAI

BAHAN-BAHAN:
Sotong saiz besar
3 sudu besar jus lemon
3 sudu madu
Secubit garam


CARA MEMASAK:
 1. Cuci sotong bersih. Lumurkan sotong dengan semua bahan-bahan. Simpan dalam peti sejuk dalam 15 minit.
 2. Keluarkan sotong cucuk kepala dengan badan sotong guna lidi pencungkil gigi
 3. Lap sotong guna tisu dapur.
 4. Renjis-renjis dengan minyak. Bakar sampai sotong masak.

BAHAN SOS:
 • *12 batang cili merah
 • *8 batang cili hijau
 • *7 ulas bawang putih (bakar sekejap)
 • (Tumbuk halus semua bahan bertanda *)
 • 2 sudu sos tiram
 • 4 sudu gula
 • 5 sudu jus lemon
 • 3 sudu sos ikan
 • Daun ketumbar ( hiris halus)

CARA MEMASAK:
 1 Satukan semua bahan-bahan dan kacau sebati.
 2 Lumur atas sotong.

KREDIT RESEPI: juju minhad

Nota : Boleh tonton video di bawah untuk gril guna air fryer. Kalau nak guna air fryer, suhu 180 C dan masa dalam 10 minit, Dalam tempoh masa 10 minit tu balikkan sotong ya. 

                      

8 comments:

MiYOKO SuKi said...

nk try guna air fryer gakla

Ibu Syurga said...

Salam ramadhan dari wani, lama dah tak singgah blog walking. Bulan puasa ni masanya singkat.

Sedapnya makan pedas. Hilang penat dan mengantuk seharian

Mama Hakim said...

Selamat petang sis, Mama singgah ke sini petang ni. Senangnya pakai air fryer. Tak payah pening pakai banyak minyak

Cik Ash said...

sedapnya..

Ibu Syurga said...

Assalamualaikum, Salam Jumaat & selamat pagi dari Ibu. Sedap ke goreng pakai air fryer ni wani?

Mama Hakim said...

Good Morning, Mama singgah blogwalking sis wani. Sotong memang sedap, cuma tak boleh makan selalu. GOut

Shikin Razali said...

Nampak sedap aje kak Wani.. Tapi takleh tunjuk kat hubby sebab dia masih jauh hati sebab x dapat nak candat sotong tahun nie.. hihi

BloggerBorneo.Com said...

Name sotong ni merupakan makanan favorit saye Cik, beruntung bise bace tulisan resepi ini. Ma kasih banyak Cik... :-)