Resepi Sotong Rebus Serai Simple Dan Sedap ( Masakan Kelantan )

ASSALAMUALAIKUM..

sotong rebus serai yang mudah

Salam 8  ramadan semua, pejam celik dah 8 ramadan dah. Nak rancang menu untuk menu bulan puasa ni bukan senang, kadang- kadang dilemma sampai naik stress pun boleh kan. Rasa macam banyak masuk dapur pulak bulan puasa ni. Korang terasa sama tak. 

Lama sungguh tak masak sotong rebus serai yang sangat mudah ini. Mudah sangat nak masak sebab bahan pun tak banyak. Lepas tu pulak, kaedah nya hanya rebus sahaja, kiranya orang kata campak- campak pun dah siap masak. hii. Untuk sotong tu tak kisah kalau beli yang besar, potong macam dalam gambar tu.

Resepi kat  bawah siap video sekali. Sangatlah mudah untuk kalau orang yang malas jangan ada alasan tak nak masak ok !. Buat sebelum puasa lagi. Wani makan dengan sotong rebus ni jer, hii letak kuah banyak - banyak nak hirup. So, no istilah minyak - minyak ya. Puasa - puasa ni kan nak masak menu yang mudah. Cubalah ya tak cuba tak tahu.

                         

Resepi Sotong Rebus Serai ( Masakan Kelantan ) 

Bahan - Bahan 
Sotong secukupnya dipotong sederhana kalau besar
2 batang serai diketuk
Garam secukup rasa
Gula melaka secukupnya
Air secukupnya

Cara - Cara
1. Masukkan sotong ke dalam periuk
2. Letak serai yang telah diketuk, Kemudian masukkan garam, gula melaka dan air secukupnya
3. Letak atas dapur, tutup periuk dan rebus sehingga mendidih. Jangan rebus lama sangat
4. Boleh terus hidangkan.

Nota: Klik video untuk melihat cara penuh.


4 Comments

  1. sejak kecil selalu makan sotong rebus mcm ni. easy to prepare.

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat & selamat berpuasa Mama ucapkan pada sis wani. Tak pernah cuba lagi. Kalau ramai suka mesti sedap.

    ReplyDelete
  3. letak gula melaka? manis la ye.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post