02 Mei 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

telur dadar paling gebu

Dah masuk bulan 5 dah,, macam tak rasa apa - apa huu, masa berjalan dengan pantas. Terasa diri masih di awang - awangan pulak. Tak lama lagi nak hari mengundi, kemudian tibalah bulan puasa untuk tahun ini. Nak tanya dah bersedia untuk menunaikan ibadah puasa tahun ini ke belum.

Oklah berbalik kepada entri, agak lama dah nak berkongsi tips nak goreng telur dadar yang gebu ni. Sejak jumpa petua macam mana nak goreng telur dadar bagi nampak gebu, memang tak miss dah buat. Yang penting tekstur telur dadar kena gebu. Sebelum ini, tertanya - tanya juga, macam mana kat kedai goreng telur dadar nampak macam gebu kan. Sekarang dah tahu rahsianya, apa rahsianya? jeng.. jeng..jeng..

Selalu goreng telur dadar tak letak bahan rahsia ni nipis, tak gebu dan tak tebal kan. Bila dah letak bahan rahsia ni, telur dadar terus jadi gebu. Sebenarnya ada terbaca kat satu blog ni, dia share tips macam mana nak jadikan telur dadar tu gebu, lama sangat dah baca tu.  Wani lupa dah link blog dia..ya ampun...


Bila dah ikut cara dia, maknanya tips tu betul - betul menjadi. Jadi, nak kongsikan di sini, sebab ada terbaca macam - macam tips. Ada yang guna mayonis kan, tapi yang ini tak ya, tak guna langsung, kalau tengok gambar tekstur telur dadar sangatlah gebu.  Sejak tahu bahan rahsia yang satu ini, tak pernah juga nak mencuba yang lain. Dah macam setia yang ini dah hii.

Jom tengok apa bahan rahsia nya dan resepi untuk telur dadar paling gebu. Selamat mencuba ya !


RESEPI TELUR DADAR PALING GEBU ( TANPA MAYONIS ) 


BAHAN- BAHAN

3 biji telur
1 - 2 biji bawang merah sederhana  potong dadu
3 tangkai lada burung di potong bulat
daun sup secukupnya (optional )
garam secukup rasa
sedikit jus limau nipis

CARA - CARA

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
2. masukkan bawang merah yang telah dipotong dadu dan juga lada.
3. masukkan garam dan juga  perah jus limau nipis.
4. kacau telur sehingga sebati, kacau manja - manja jerr.  Biarkan sekejap sementara nak goreng.
5. daun sup dimasukkan nanti time nak goreng, baru masukkan daun sup kacau rata.
6. Panaskan minyak dalam kuali dengan api besar biar betul - betul minyak panas, minyak jangan letak banyak sangat. Untuk 3 biji telur ini,  boleh dapat dapat dalam 2 - 3 keping. Guna kuali kecik sikit. Jadi setiap kali nak goreng, tambah minyak secukupnya.
7. Masa nak goreng, tuang telur dari atas, angkat tinggi dan goreng kedua - dua belah sehingga garing.
8. Dah siap goreng, nampak kegebuan telur tu. Cuba potong ! tak macam goreng telur dadar biasa sebab tindak balas jus limau nipis tu.
9. Hidangkan segera.

This post have 3 komentar

avatar
HeNRieTTa JoSe delete 3 Mei 2018 11:42 PG

thanks for the share...boleh rietta cuba...pernah cuba letak mayo tpi rietta simpan stok mayo....

Reply
avatar
Shahida Dzulkafli delete 4 Mei 2018 11:24 PG

Selalu Sha guna mayonis nak bagi gebu.. Nanti boleh try cara wani nie..

Reply
avatar
Mar Mansor delete 26 Mei 2018 3:06 PTG

letak jus lemon yek.belum.pernah cuba.dah tau ni kena cuba lah.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram