CARA MASAK DALCA DAGING GUNA NOXXA

ASSALAMUALAIKUM..


Dalca daging, kalau biasanya kita jumpa di tempat kenduri tapi kalau masak sendiri pun boleh. Kebetulan puasa bulan lepas, entah kenapa tiba - tiba nak masak dalca. Memang lama sungguh tak masak, dah banyak tahun tak masak, alasannya sebab dalca  ni, kena masukkan sayur macam terung, kacang panjang, baru jadi nama masakan dalca. Masalahnya kat rumah ini, perut tak boleh terima jenis terung dan kacang panjang. Dalca kalau tak letak kacang panjang, memang nama bukan dalca lah. sebab dalca  bahan utama dia mesti kena masukkan kacang panjang dan terung. Kita nak aroma tu..

Tapi kali ini, sebab dah rindu sangat dalca, masak lah jugak cuma tak letak kacang panjang, tapi letak terung, itu pun bonda yang habiskan. Dalca yang sedap bergantung kepada rempah yang digunakan. Sebenarnya bulan puasa lepas dalam 3 kali masak dalca. hii. Masakan sama tak apa asalkan masuk selera.  Untuk kali ketiga  masak tu, guna rempah lain. Jadi tak berapa sedap.


Kali pertama masak guna rempah dalca ini dari Kampung Langgar, rempah ni sedap. 
Dalca banyak jenis, ada letak daging saja, ada yang campur dengan limpa, perut dan daging. Yang Wani buat ni campur ada semua. Sila tengok gambar - gambar di bawah ya. Malas pula nak taip caption. Hadam sendiri boleh. hii Tak faham tanya. kat ruangan komen. Dah macam bajet Chef :D

Resepi di bawah, ambil di Blog Lina PG. lebih kurang lah ya. yang nak guna periuk biasa, boleh guna resepi beliau. Kalau ada periuk tekanan brand apa pun, lagi cepat dan mudah. Seperti biasa, Wani guna periuk noxxa lah.. 


Tekan stir fry kemudian tekan on, masukkan minyak tak nanti panas tak apa, letak lah bahan penumis


Kemudian, masukkan segalam bahan rempah dan kacau sehingga naik bau dan naik minyak.


Kemudian, setelah bahan tumisan naik minyak boleh masukkan daging, limpa dan perut. Kacau lagi sehingga sebati. Setelah nampak sebati, tekan off


Gambar di bawah sudah dimasukkan air asam jawa dan santan 


Kemudian, tekan high pressure, set kan selama 30 minit dan tekan on


Lepas bunyi beep, tekan off dan  sedia putar tombol ke steam untuk lepaskan wap sampai habis keluar baru boleh buka tudung.


Masukkan potongan sayur, kemudian tekan stir fry dan tekan on untuk didihkan sekejap bagi sayur layu.

Kemudian, dah boleh tekan off. Dah siap 


Boleh tonton juga di video youtube Wani. Jom lah subscribe ramai - ramai

                    

DALCA DAGING KELANTAN 
Sumber : Linapg

Bahan-Bahan
300g daging tetel/daging cincang (boleh jangan guna ayam)
1 paket kecil rempah dalca (Kalau tak ada guna rempah kari ayam pun ok)
1 labu bawang besar (kisar)
5 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 cm halia (kisar)
3 hiris lengkuas (kisar)
3 sudu besar cili giling
1 biji terung panjang (potong)
Sedikit kacang panjang (kerat2)
2 biji kentang (potong kiub)
1 biji karot (potong baji)
2 biji cili merah (patah-patahkan)
2 biji cili hijau (patah2kan)
1 cawan santan pekat
2 asam keping
Bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis
Minyak
Air
Garam dan gula/perasa

Cara-Cara
1. Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan pelaga hingga terbit bau.
2. Masukkan bahan kisar, tumis hingga agak garing sedikit. Sementara itu satukan rempah kari dan cili giling, campurkan dengan sedikit air.Jadikan pes pekat.
3. Apabila bahan tumisan garing, masukkan pes rempah dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging/ayam gaul bersama rempah hingga sebati.Biarkan sebentar hingga daging/ayam kecut dan mesra dengan rempah tumisan. Masukkan asam keping, sedikit garam dan gula/perasa.Tambah air sama paras dengan daging/ayam. Biarkan hingga 3/4 empuk.
5.Setelah itu masukkan santan dan tambah air secukupnya. Renehkan sebentar.
6.Masukkan kentang (LiNa Pg guna kentang holland), karot, dan terung.Masak hingga ayam dan kentang betul2 empuk.
7.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa sesedap rasa.
Masukkan kacang panjang, cili merah dan cili hijau.Biarkan selama 1 min.Tutup api.Sedia dihidang.









4 Comments

  1. Sedapnya. Noxxa memang memudahkan urusan kat dapur. Terutama musim raya macam ni. Kalau tetamu datang last minute pun tak ada masalah (dengan syarat ada stok lauk mentah lah) hihi

    ReplyDelete
  2. Mama singgah raya petang ahad ni. Semoga sis wani makin pandai masak dan sedekah tetamu dengan hidangan lazat. Nyum nyum

    ReplyDelete
  3. bestnya guna rempah kelantan

    ReplyDelete
  4. Pergh!! Senang berganda dengan noxxa nie ye wani..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post