RESEPI AYAM GORENG BUNGA KANTAN YANG MUDAH DAN SEDAP

ASSALAMUALAIKUM..


Salam semua dah berapa syawal dah hari ini, ingat - ingat lupa dah kan.. :D

Banyaknya gambar dalam galeri phone, tengah tunggu turn nak up kat blog. Menu masakan banyak snap dalam kuali terus hii. Semasa bulan puasa lepas, pening juga lah nak fikir masak apa, asyik menu ayam, kadang - kadang naik bosan, hii tapi telanlah juga dah terpaksa masak kan. Cari -cari resepi berkenan dengan resepi ini sebab sangat simple, lagipun masa tu ada stok bunga kantan apa lagi, terus on nak masak, takut lama- lama simpan bunga kantan tu nanti kecut.

Resepi ini dah improvised sikit. Wani tak ikut semua sebab dia tak letak kicap, nak tengok resepi asal boleh tengok blog sana. Abah cakap sedap pulak. Dia suka kalau menu ayam ringkas macam ni, lebih lagi goreng garing. Nanti korang adjust lah ya, tak lah sampai 1 ekor guna ayam. :). Semua nya dah agak ikut kuantiti orang nak makan.

                       

Ayam goreng bunga kantan yang mudah dan sedap 
Sumber : Blog Zulfadreamland

Bahan-bahan:
 1 ekor ayam kampung dipotong 10 ketul, buang kulit ayam dan gaul garam kunyit ( guna dalam 1/2 kg )
 3 kuntum bunga kantan dihiris nipis ( 1 kuntum saja ) 
 4 ulas bawang merah dimayang
 3 batang serai dihiris nipis
 12 tangkai cili kering dihiris, biji dibuang ( guna dalam 5 tangkai ) 
 1 1/2 sudu besar sos tiram
 Minyak

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya
2. Masukkan semua ayam dan goreng sehingga hampir kekuningan. Angkat dan toskan.
3. Kurangkan sedikit minyak. Masukkan serai, bawang merah  dan cili kering dan goreng sehingga  sedikit garing.
 4. Kemudian baru masukkan bunga kantan. Masukkan sos tiram dan kicap manis.
5. Akhir sekali masukkan ayam. Kacau semua sehingga sebati
6. Dah siap boleh hidangkan

Nota : tambah kicap manis dan juga tumis sekali bawang merah dihiris

13 Comments

  1. tak penah lagi resepi ayam dengan bunga kantan ni..Nanti nak try..mesti sedap kan

    ReplyDelete
  2. Macam sedap je menu.. Boleh try ini..

    ReplyDelete
  3. Nanti boleh la try resepi ni

    ReplyDelete
  4. Bunga kantan buat ayam goreng? Mesti wangi bau dia. Wani ada fb kan? Hari tu ada tanya dalam mesej blogger.

    Mama tak main fb pun, sebab wani tanya baru create akaun fb. Nama akaun

    Sakinah Amin. Boleh tahu Id FB Wani? Nanti Mama add. Tq ya

    ReplyDelete
  5. wahh resepi baru boleh try ni

    ReplyDelete
  6. wahh. mesti harum je kan baunya :D

    ReplyDelete
  7. Selamat malam sis wani, mesti bau ala ala tomyam

    ReplyDelete
  8. pernah cuba lg....dah lama juga gunakan bunga kantan dalam masakan

    ReplyDelete
  9. waaaaa.. sedap :)

    follower ke 661 sini.. harap sudi follow blog ejulz jugak :)

    ReplyDelete
  10. Nak try buat la, terliur tengok...

    ReplyDelete
  11. agak rare resipi ni bagi saya.. tapi mcm sedap nak cuba juga nanti

    ReplyDelete
  12. menarik dan mudah. thank you share =D

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post