RESEPI AYAM KICAP YANG MUDAH DAN SEDAP - Blog Wani Sukarno

03 June 2018

RESEPI AYAM KICAP YANG MUDAH DAN SEDAP

ASSALAMUALAIKUM

ayam masak kicap mudah dan sedap

Salam 18 Ramadhan semua, dah masuk 18 ramadan dah ramai yang buat persiapan biskut raya. Rasa tahun ini tak buat kot. Bulan puasa kalau di dapur bukan suatu kerja yang mudah, tambah lagi hari - hari nak masak menu berlainan kalau tak pun dah ada juga menu yang sama masak kan. Korang sama jugak eh.  Itu tak termasuk lagi, yang tekak orang ni lain - lain. Orang tu nak makan menu itu, orang ni nak makan menu lain. Maklumlah kan seharian berpuasa, macam - macam terlintas dalam fikiran nak makan apa.

Kalau macam Wani, memang agak susah la sikit, kalau nak masak, biar orang lain semua boleh masuk tekak makan. Kalau ayah Wani, bab ikan - ikan berendam dalam kuah ni dia tak berapa suka, ayam pun sama juga. Jadi kena segala jenis bergoreng. Menu ayam masak kicap yang mudah ini, tak ingat dah iftar hari ke berapa, tapi memang sedap, Mudah pun mudah dengan bahan yang mudah. walaupun tak letak cili kisar, masih lagi sedap. Silalah buat dengan baki ramadan yang ada ini. Selamat mencuba ya :)


AYAM KICAP MUDAH DAN SEDAP 

Sumber : AZIE KITCHEN

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - lumur garam kunyit & goreng
1 biji kentang
4 batang serai - ketuk
1 sudu besar cili kisar ( tak letak ) 
Sedikit susu pekat manis ( tak letak ) 
Kicap lemak manis
Kicap pekat
Sos tiram

Bahan Tumbuk:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Hiasan:
1 biji bawang besar Holland - belah 6
1 biji tomato - belah 6
2 tangkai cili merah & hijau - belah 4
Cili padi

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, cili kisar dan serai hingga wangi.

Masukkan sos tiram dan kicap kicap serta sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga hampir pekat.

Masukkan ayam yang digoreng 3/4 masak. Kacau rata dan biarkan masak agak lama sehingga rasa ayam sebati dengan kuah sos.

Akhir sekali, masukkan susu lemak manis, kentang goreng, bawang besar, tomato dan cili hidup. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan. Tabur dengan daun bawang.

Nota:
Boleh juga gantikan cili kisar dengan lada hitam yang ditumbuk.

Boleh juga letak asam keping/air asam jawa jika suka.

Boleh juga gantikan serai dengan kulit kayu manis, bunga lawang  dan buah pelaga.

No comments: