RESEPI KERABU NANGKA MUDAH DAN SEDAP - Blog Wani Sukarno

11 June 2018

RESEPI KERABU NANGKA MUDAH DAN SEDAP

ASSALAMUALAIKUM

kerabu nangka

Kerabu nangka yang siap sedia untuk dihidangkan

Kerabu nangka, pertama kali buat selalu makan yang beli, nangka pulak nangka pokok sendiri. Tapi yang proses buah nangka putik bonda lah,, kalau tak, memang tak termakan la. hii. Pernah makan tak kerabu nangka. Kerabu kalau ikut negeri ada style tersendiri. Biasanyaa kerabu yang dihidangkan di Kelantan mesti kena letak budu. Tak umphh kalau tak letak budu.

Belum bulan puasa lagi buat. Lama sangat peram gambar, Kalau tak ada pokok sendiri boleh beli kat pasar - pasar ya. Tapi baik belilah, mudah sikit.  Ini nasib baik ada pokok sendiri, kalau tak, memang tak buat dah. Ini kali pertama juga buat menu kerabu guna nangka. Susah juga nak proses bersihkan nangka dengan getahnya tu, bukan senang ya.

Langka - langkah bergambar seperti di bawah. Selamat mencuba ya :)


Nangka putik yang telah dibasuh dan dibelah dalam ketulan sederhana 


Nangka yang telah siap direbus empuk ditoskan


Bahan yang telah ditumbuk 


Letak kerisik nama lagi kerabu, jadi kerisik memang bahan penting


Bahan tumbuk yang telah digaul dengan kerisik 


Yang mana ketulan nangka masih ada yang besar, boleh hiris bagi ketulan kecik sikit. 


Bahan tumbuk dan kerisik dah digaul bersama nangka

KERABU NANGKA MUDAH DAN SEDAP 

BAHAN - BAHAN

Nangka putik ( biasanya kalau beli di pasar, dah siap buang kulit )
2 ekor ikan dibakar dan diambil isi sahaja
5 ulas bawang merah
1/2 sudu teh lada hitam
2 - 3 sudu besar kerisik
Santan secukupnya ( kalau boleh santan segar, perah sendiri )
Garam dan gula secukupnya
Budu secukupnya

CARA - CARA

1. Nangka putik bersihkan dan potong dalam ketulan sederhana senang nak rebus nanti
2. Sediakan periuk masukkan air secukupnya dan letak nangka putik, siap sedia untuk direbus sehingga empuk
3. Setelah empuk angkat dan toskan
4. Seterusnya, bawang merah dan lada hitam ditumbuk sehingga halus
5. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi, kemudian masukkan kerisik dan boleh gaul rata
6. Jangan lupa perasakan dengan gula dan garam secukupnya
7. Sediakan satu mangkuk besar dan masukkan nangka yang telah ditoskan, kalau macam ada lagi ketulan boleh hiris lagi nipis
8. Masukkan bahan tumbuk dan gaul sebati, kemudian masukkan santan secukupnya, santan ni kalau nak berkuah sikit, boleh lah masukkan banyak sikit.
9. Masukkan sedikit budu nak bagi bau dan rasa budu. Gaul sebati dah siap, boleh hidangkan.

5 comments:

Shafyqah Azahar said...

wah sedapni, lama takmakan kerabu

Siti Rohaida Yusof said...

lahai..akak tak pernah pun tau ada kerabu nangka ni..boleh jgak nak buat ni..nak jugak rasa macam mana kerabu nangka

HeNRieTTa JoSe said...

yummy....

Mazni Azmi said...

Salam 26 ramadhan, Maznee singgah blog walking. Kalau pandai buat memang sedap nasi kerabu ni

Zuhaira Nasrin said...

kerabu always win! nyakut molek make kerabu nag nasi. hehe