6 CARA MUDAH UNTUK SAMBAL IKAN BILIS YANG SEDAP - Blog Wani Sukarno

04 July 2018

6 CARA MUDAH UNTUK SAMBAL IKAN BILIS YANG SEDAP

ASSALAMUALAIKUM


6 CARA MUDAH UNTUK SAMBAL IKAN BILIS YANG SEDAP || ada ke yang tak makan sambal ikan bilis. Tertanya - tanya pulak. hii.. Sambal ikan bilis ni satu Malaysia suka tak kira bangsa. Ada orang cakap, nak buat sambal ikan bilis ni, kesedapan tu bergantung kepada air tangan masing - masing. Eh betul ke ?. Sepanjang dalam hidup masak sambal ikan bilis, kadang- kadang time orang cakap tak berapa sedap, tak sedap. Masa orang cakap sedap, tu kembang setaman lah kan. Tapi masak sekarang sambal ikan bilis sedap dah. Puji diri sendiri sikit :D

Ada juga lah Wani google, baca tips orang kongsi nak tahu macam mana lagi cara nak bagi sambal ikan bilis ini sedap, Macam - macam petua pulak nak bagi sedap, tapi Wani tak suka yang complicated nak mudah - mudah sikit hii.. Jadi, dah jumpa 6 cara mudah bagi Wani dah cukup sedap pada tekak.6 cara mudah ini, ada kadang- kadang masukkan, kadang - kadang next time buat tak masukkan pulak hii. Mungkin korang pun dah ada tips tersendiri kan. Wani nak kongsikan yang tips biasa buat pulak.

6 CARA MUDAH UNTUK SAMBAL IKAN BILIS YANG SEDAP 

1. Letak daun pandan 
Ada orang resepi dia letak daun pandan masa menumis, Wani dah pun cuba memang letak daun pandan boleh jadi wangi bau sambal. Tapi tak selalu letak daun pandan hii.. Sebab kadang - kadang tak ingat nak ambil. Nanti boleh cuba ya.

2. Blend separuh ikan bilis untuk dimasukkan dalam sambal
Yang ini Wani pernah makan yang orang buat, katanya letak separuh ikan bilis yang sudah diblend separuh. Memang lain sikit rasanya, makin sedap buat macam tu. Rasanya sebab ke semua lagi sebati dalam sambal.

3. Tumis bahan tumisan biar lama untuk menambahkan lagi kesedapannya
Yang ini tips yang sangat penting, sambal kalau boleh tumis lagi lama, kecilkan api tu ya, lagi sedap dan untuk tahan lama

4. Letak gula melaka atau gula merah untuk warna sambal yang lebih gelap dan sedap
Ingat dulu, tertanya- tanya macam mana sambal orang lain gelap cantik warna, rupanya letak gula melaka atau gula merah. Biasa letak gula merah sebab senang nak larut. Tapi sekarang dah guna gula melaka. Sebab ada kes terguna gula merah yang ada pasir, Sampai sekarang tak guna. huu.. Korang pun kena berhati - hati juga ya, tapi rasa tak semua kot. Atas tempat proses tu macam mana.

5. Tumis dengan belacan
Ini pun petua penting nak bagi sambal sedap. Belacan wajib letak semasa nak tumis, baru naik rasa sambal.

6. Tumis bahan tumis dengan minyak bekas goreng ikan bilis 
Tips yang ini kan, pernah tengok kat tv, dan baca juga yang orang lain pernah buat. Masa dulu - dulu nak belajar buat sambal, Wani pergi tumis dengan minyak lain. Bila dah ikut tips ini, macam ada beza tumis dengan minyak lain dengan tumis dengan bekas minyak goreng ikan bilis. Dan sekarang memang dah tumis guna minyak bekas goreng ikan bilis. Nanti cuba lah ya.

Itu sahaja lah tips yang boleh dikongsi yang biasa buat. Ikut tips mudah macam ni pun dah ada yang kata sedap, hii abah memang peminat sambal ikan bilis. Sekali dia cakap lama tak makan sambal ikan bilis memang minta dibuat la tu. Sambal ikan bilis lagi lama lagi sedap. Kadang - kadang buat hari ini, esok baru makan hii. baru naik rasa orang cakap. Mungkin korang pun ada tips tersendiri kan. Boleh share tak :)


5 comments:

Mrs. A said...

Betulllah tu semua orang boleh aje buat sambal ikan bilis tapi beebeza tahap kesedapanya tu pasti ada tips dan rahsiakan...?

Tengok gambar sambal tu terliur Mrs. A. Tumis dengan belacan Mrs. A belum pernah cuba next time nak cuba jugalah ;-).

Shahida Dzulkafli said...

Tips no 2 dgn no 5 tu Sha setuju.. Memang jadi lagi sedap..

farhanna jafri said...

part belacan tu tak boleh nak buat sebab allergik sikit dengan belacan. Selama ni memang letak gula melaka bagi pekat warna dia :D

ejulz said...

wahhhh.. mesti sedap ni :)

Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

tenku butang said...

wahhh.. ilmu baru nii.. thank you kasi tips ni.. mabelesssss..