AYAT AL - QURAN UNTUK "MEMUNTAHKAN" PENYAKIT - Blog Wani Sukarno

09 July 2018

AYAT AL - QURAN UNTUK "MEMUNTAHKAN" PENYAKIT

ASSALAMUALAIKUM..

                      

AYAT AL - QURAN UNTUK "MEMUNTAHKAN" PENYAKIT || Video ni dah lama tersimpan dalam galeri phone 3 tahun dah rasanya, sampai sekarang pun simpan lagi.. Nak delete sayang. Sebenarnya, ada sharing kat group wassap family, abah suruh amalkan, Ayat Al - Quran ini ada banyak keajaiban kalau kita sendiri amalkan. Walaupun terlalu banyak ayat - ayat lain kan. Wani pun macam tak terlarat nak hafal banyak sangat. Alhamdulillah yang ini ayatnya mudah dan pendek senang nak ingat. Kalau dulu, belek - belek phone jugak sambil tonton sambil hafal. Sekarang dah ingat dah. Kalau dah tekad nak hafal dan ingat, Allah akan bagi. Bila - bila masa kita nak baca pun boleh. :)

Baca sambil buat apa yang Ustaz Sharhan Safie. Boleh tonton video kat atas macam mana. Siapa kenal beliau ? Ustaz ni rasa macam pernah masuk tv la jugak. dan memang merawat orang - orang yang terkena sihir dan gangguan yang memang tak dapat dirawat oleh doktor. Sebagai seorang muslim, dunia ghaib pun kita kena percaya. Bukan manusia sahaja yang menetap atas muka bumi ni kan

Berbalik kepada ayat Al - Quran tadi, dari surah Al - Anbiya. Petikan ayat tersebut, macam mana kisah Nabi Ayub berdoa kepada Allah untuk sembuhkan kesakitan yang dialaminya. Maka, Allah terus kabulkan permintaan Nabi Ayub.. Kadang - kadang kita nak mencari penawar sedangkan ayat Al Quran dah pun penawarnya.

Sharing is caring. Ayat tak panjang mana pun, semoga dapat jadi amalan untuk kita semua. Kalau selalu buat insyaAllah selalu ingat. Wani selalu baca lepas setiap kali solat.




3 comments:

ejulz said...

Terima kasih di atas perkongsian :)

irazulkeffele said...

Good sharing kak. Ira save dulu nanti line laju baru boleh streaming video tu 🤦

Warisan Petani said...

Perkongsian yang bermanfaat.
Tahniah.