Resepi Kuih Butir Nangka Mudah Ikut Sukatan Cawan

Resepi Kuih Butir Nangka Mudah Ikut Sukatan Cawan | Salam semua,  asal usul kuih butir nangka merupakan kuih tradisional yang berasal dari pantai timur di Kelantan ataupun di Terengganu. 

Ramai yang tertanya kuih butir nangka asal mana. Kuih ini merupakan kuah yang berlemak dimakan dengan biji yang menyerupai butir nangka yang kenyal. 

Untuk mendapatkan warna asli, daun pandan dikisar digunakan untuk menghasilkan pewarna hijau.

Tapi sekarang ni dah hipster, ada juga orang buat warna - warni. Kalau setakat nak ambil gambar tu boleh jugak kan. 

Tapi bila dah lama sangat dalam galeri phone, kadang - kadang nak fikir nak delete, nanti daku nak up cerita kat blog tak ada idea pulak kan. 

Jadi, simpan lah tunggu beratur nak masuk blog. Gambar ini pun, buat masa bulan puasa lepas, Kuih butir nangka, memang kuih yang biasa dijumpai di Kelantan lah.

RESEPI KUIH BUTIR NANGKA YANG MUDAH SUKATAN CAWAN

Kuih ini memang disukai ramai sebab mudah telan, selain penyediaannya yang mudah. Orang tua - tua nak makan lah kuih macam ini. Bukan orang tua jer minat, orang muda pun minat juga.

Ketika bulan puasa, memang selalu buat lah dan biasanya makan selepas balik tarawih. Kalau biasa resepi lain ada letak air kapur kan.

Wani biasanya gantikan dengan tepung beras, bonda yang ajar, kita tak nak bila masak doh tu, terlalu lembik sangat nanti tercekik pulak makan.

Guna tepung pulut semata - mata sahaja pun boleh tapi maklumlah guna tepung pulut sahaja ni , teksturnya tu seakan - akan lembik, sebab itu kena letak tepung beras.

Kepada yang masih tak tahu nak buat resepi butir nangka, boleh lah cuba. Jom tonton video di bawah, dalam video tu skip letak daun pandan. 

Kalau nak letak daun pandan, letaklah wangi jerr kuah tu nanti. Resepi ini sangat mudah. Sesiapa pun boleh buat.

Resepi Kuih Butir Nangka Mudah Ikut Sukatan Cawan 


Bahan - Bahan 

Untuk doh 
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung beras
Air daun pandan secukupnya boleh klik SINI untuk cara nak buat ekstrak daun pandan yang mudah.

Untuk kuah 
3 1/2  cawan santan
1 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 helai Daun pandan yang telah disimpul ( sekiranya nak letak )
1 sudu teh halba dibasuh terlebih dahulu

Cara - Cara 
1. Tepung pulut digaul rata dengan air daun pandan sehingga doh boleh digentel. Jangan terlebih lembik.
2. Ambil sedikit adunan dan bentukkan dalam bentuk lonjong, boleh tonton video di bawah. Kalau tak nak bentuk lonjong pun tak apa. Tapi comel dalam bentuk lonjong sebab nak jadi macam butir nangka kan.
3. Didihkan air dalam periuk, kemudian terus masukkan adunan yang digentel tadi, Rebus sampai masak, tips nya naik sampai terapung.
4. Sediakan satu bekas yang berisi air sejuk, dan masukkan butir nangka yang telah masak ke dalam air sejuk untuk menghentikan proses masak.
5. Untuk kuah pula, sediakan periuk, masukkan santan, garam,gula, halba, daun pandan dan tepung beras. Kacau rata sekejap.
6. Letakkan periuk atas dapur dan kacau sehingga mendidih dan nampak pekat boleh tutup api.
7. Nanti kuah suam sikit, sejatkan butir nangka dan boleh masukkan butir nangka tadi dalam kuah. Sedia untuk dihidangkan

                       

2 Comments

  1. saya selalu cmtu..dok peram je gamabr..pastu tak up kat blog pon..haha

    ReplyDelete
  2. menariknya....xpernah rasa lagi....mcm buah melaka erk, tunggu timbul...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post