05 Ogos 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

5 tips untuk potongan kek batik kemas dan cantik

5 TIPS UNTUK POTONGAN KEK BATIK KEMAS DAN CANTIK || Ada sekali terpost gambar kek batik seperti di atas, ramainya berpusu komen cakap potongan cantik dan kemas. :D..Dan ada yang tanya macam mana nak potong kemas dan cantik. Makin kembang senyum kita, makin kembang pipi ni jugak. Dulu, tak pandai juga nak buat kek batik, asyik comot jerr terutama sekali bab potongan.

Terfikir - fikir la jugak macam mana nak nampak potongan cantik kemas dan bersih kek batik tu. Gambar di bawah antara kek batik yang Wani buat ya, walaupun resepi sama cuma yang ada kelainan letak nestum. Dan memang buat kek batik tak letak telur.




Jom nak kongsikan macam mana tips nak bagi potongan kek batik kemas dan cantik, sudah tentu tak nak comot juga kan.

5 TIPS UNTUK POTONGAN KEK BATIK KEMAS DAN CANTIK 

1. Pastikan alas dengan cling wrap di dalam bekas  Pastikan juga  lebihkan cling wrap bahagian luar bekas
2. Kemudian letak adunan kek batik ke dalam bekas, ratakan sekejap dalam bekas
3. Yang ini lah peranan penting, letak cling wrap lagi sekali atas permukaan kek batik, pastikan ke semua ruang ditutupi dengan cling wrap
4. Kemudian, ambil lah sudip bersih yang lain atau apa - apa alat yang boleh dibuat untuk tekan, tekan permukaan atas tersebut semampat mungkin. Faham ke tak bahasa ni hii.. Sebab permukaan atas dah ditutup dengan cling wrap, jadi sudip tu tak kotor.
5. Simpan dalam peti semalaman, esok ambil keluarkan dari peti, buang cling wrap permukaan atas, kemudian guna pisau yang tajam untuk potong. Pastikan lepas keluarkan dari peti, potong terus jangan tinggal lama sangat takut kek batik jadi lembut sikit, potongan tak kemas dan mungkin comot.

Ada juga yang tanya, kalau nak keluarkan terus dalam peti nak potong  kek batik terus, kek keras macam batu, kalau guna pisau yang tajam rasa tak ada masalah. Kalau ikut cara Wani, kalau memang dah keluarkan dari peti terus potong, tak nak tunggu lama.

Itu sahaja lah 5 tips macam mana untuk dapatkan potongan kek batik cantik dan kemas macam gambar. Disebabkan buat kek batik tak ada telur, kadang- kadang dalam 2 hari juga simpan dalam peti :D. Kemudian baru nak potong. Tapi makin lama dalam peti, bila potong, layer kek batik makin cantik, sebab biskut makin kembang. Nanti, korang cuba ya :)

Boleh baca >>>  SINI  dan langkah bergambar ada kat sana

This post have 2 komentar

avatar
HeNRieTTa JoSe delete 6 Ogos 2018 10:01 PG

dh lama xmerasa kek batik....

Reply
avatar
Cik Matahariku delete 28 Mac 2019 10:27 PTG

saya baru sahaja buat kek batik ni,nak share dlm blog pun takde semangat sebab potongan yang comot, but happynya bila jumpa tips yg sis kongsi ni, lain kali saya nak cuba buat dengan tips ni..thanks sis:)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram