08 August 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM.

resepi sayur lemak pucuk labu yang mudah dan sedap

RESEPI SAYUR MASAK LEMAK PUCUK LABU YANG MUDAH DAN SEDAP || Tajuk entri dah panjang tapi sebenarnya ada tambah daun kateh murai dan daun cekur manis, nak taip lagi takut panjang sangat, jadi letak perkataan pucuk labu jer. Biasanya bila masuk bab nak masak hal - hal sayur ni, bertukar juga la style masak. Kalau hari ini dah goreng sayur, esok tu mungkin sayur masak lemak, lusa mungkin sayur tumis air, yang mudah - mudah asalkan ada masakan berasaskan sayur.

Bercakap pasal pucuk labu, kerap kali jugak masak sayur lemak guna pucuk labu, tapi kali ini tambah daun kateh murai dan daun cekur manis, kenal ke daun kateh murai, daun untuk herba juga, Bab pokok herba ni, yang pakar nya abah, sebab macam - macam dia tanam keliling rumah hii.

Kali ini masak ada campuran daun kateh murai dan daun cekur manis bersama pucuk labu. Untuk santan, korang boleh adjust nak setakat mana, ada orang dia tak suka santan banyak, Sebab itu kadang- kadang tak berapa suka sangat nak sebut berapa sukatan untuk santan. hii

Oklah jom layan resepi, siapa peminat sayur masak lemak macam ni. Kalau setiap kali masak sayur lemak macam ni memang kena geng dengan budu dan ikan kering, Biasalah setiap menu, akan ada geng masing - masing kan.



RESEPI SAYUR LEMAK PUCUK LABU YANG MUDAH DAN SEDAP

BAHAN-BAHAN
1 ikat pucuk labu
Segenggam daun kateh murai
Segenggam daun cekur manis
3 ulas bawang merah
1/ 2 sudu teh biji lada hitam
Sedikit ikan bilis dibasuh bersih
Santan secukupnya lebih kurang 600 ml ( guna santan segar lagi bagus )
Garam dan gula secukup rasa

CARA - CARA
1. Pucuk labu dibersihkan dan diasingkan batang dan daun yang lembut
2. Daun kateh murai dan daun cekur manis pun dibasuh bersih
3.Bawang merah dan lada hitam ditumbuk sehingga lumat.
4. Sediakan periuk masukkan santan, letak garam secukup rasa, ikan bilis dan bahan yang dah ditumbuk lumat
5. Letak atas dapur dan kacau santan sampai mendidih, kemudian masukkan pucuk labu, daun kateh murai dan daun cekur manis
6. Biarkan ke semua sayur layu, masuk gula sikit, kacau sekejap dan boleh tutup api
7. Sekiranya kurang masin ke boleh tambah secukup rasa

Nota : Nak sedap lagi tambah isi ikan bakar di dalam kuah, nak bagi kuah pekat dan sedap. Cubalah 

Jom tonton video di bawah :). Masakan kampung memang tak boleh lari

                         


This post have 5 komentar

avatar
Sheila Adziz delete August 8, 2018 at 11:24 AM

rajin tul wani masak... sedap pucuk labu ni....

Reply
avatar
Dunia Zumal delete August 8, 2018 at 1:42 PM

Sedap ni, fevret zumal tau...

Reply
avatar
Zuhaira Nasrin delete August 8, 2018 at 8:38 PM

sayur lemak is bae! ahhhh suka sangatttt lagi lagi mak yang masakkan. hehe

Reply
avatar
Cik Ash delete August 13, 2018 at 11:58 PM

Buat sokmo sayur lemak campur sayur2 .. Pucuk labu tak pernah buat lagi boleh cuba ni

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram