9 Ciri - Ciri Krim Muka Mengandungi Merkuri Yang Ramai Orang Tak Tahu

9 Ciri - Ciri Krim Muka Mengandungi Merkuri Yang Ramai Orang Tak Tahu | Siapa yang tak nak kulit muka yang cantik dan mulus tanpa sebarang masalah kulit muka kan. 

Untuk mengekalkan kulit muka yang sihat seharusnya bermula dari penjagaan rutin harian iaitu set penjagaaan kulit. 

Apa yang penting krim muka yang dipilih. Isu krim muka yang mengandungi bahan merkuri yang merbahaya bukan lah isu lapuk.


Produk merkuri

Produk Kosmetik Ada Racun Berjadual

Sebenarnya, dari semasa ke semasa ada saja produk kosmetik beracun yang telah dibankan. 

Baru - baru ni kan ada pulak terdengar berita pasal 5 produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual. 

Masing - masing mengandungi merkuri, miconazole, hydroquinone dan tretinoin. Kena biasa - biasakan dengar jugak istilah - istilah macam ni. 

Notifikasi produk tersebut telah dibatalkan pleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. Apatah lagi untuk jual produk tersebut. 

Menurut Dr Noor Hisham, penjual dan pengedar produk kosmetik itu perlu menghentikan penjualan dan pengedaran dengan serta-merta kerana ia melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Kenapa Keempat Bahan Yang Dikesan Ini Berbahaya ? 


1. Hidrokuinon 

Ini kerana ia boleh menyebabkan : 
  • kemerahan pada kulit disapu
  • ketidakselesaan
  • perubahan warna kulit tidak diingini
  • kulit menjadi hipersensitif, 
  • menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar ultraungu berbahaya
  • meningkatkan risiko kanser kulit.

2. Tretinoin 

Sekiranya tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan, ia boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

3. Anti-fungal(miconazole) 

Jika diguna secara tidak terkawal boleh meningkatkan risiko kerintangan seterusnya mengurangkan keberkesanan untuk merawat jangkitan pada masa hadapan.

4. Bahayanya Kesan Merkuri Pada Tubuh Manusia 

Merkuri adalah bahan yang selalu jumpa dalam produk krim muka. Kenapa merkuri dilarang untuk produk kosmetik ? 

Ini disebabkan kandungan merkuri dalam krim muka boleh memudaratkan kesihatan. Tahu tak korang yang keracunan merkuri boleh menyebabkan risiko seperti di bawah :

1. Kelemahan otot
2. Koordinasi lemah
3. Rasa kebas pada tangan dan kaki
4. Ruam kulit
5. Masalah deria
6. Boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang
7. Buat ibu yang mengandung, ia boleh menganggu perkembangan otak kanak - kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Tapi pelik walaupun dah kena ban di pasaran, masih lagi menjual. Tak takut dengan undang - undang ke.

Dulu, isu ini pernah berbangkit dan dulu juga rasanya untuk menjaga kulit muka lebih kepada produk krim muka, rasanya serum tu tak berapa nak wujud lagi kan. 

Zaman sekarang banyak pelbagai jenama serum pulak.

Zaman yang penuh timbulnya pelbagai jenama krim muka di pasaran. Diri sendiri pun salah seorang mangsa juga.

Ingat masa zaman belajar dulu, ada junior terkeluar terus cakap kenapa kulit akak macam sisik ular, haaa ambik kau, sekali cakap tak bertapis dah.

Dulu, rasanya mana ada lagi serum - serum ini, banyak krim muka di pasaran.


Produk merkuri

Apabila sudah terbongkar ciri - ciri krim muka yang mengandungi merkuri, memang kena berhati - hati dah nak pilih krim muka yang betul - betul bebas merkuri. 

Dah penat terkena banyak kali dah. Jadi buat korang di luar sana, sila berhati - hati dengan ciri - ciri krim muka yang mengandungi merkuri. 

Nak cantik jangan jadi badan binasa pulak. Krim -krim murah yang berada di pasaran banyak krim jenis timbang kilo, terasa takut dengar pendedahan satu -satu tentang krim muka yang terdapat di pasaran.

Di bawah adalah 9 ciri - ciri krim muka yang mengandungi merkuri yang ramai orang tak tahu.

9 Ciri - Ciri Krim Muka Yang Mengandungi Merkuri

#1. Melekit

Apabila sapu di muka susah nak serap. Sis pernah tengok krim yang melekit sangat. Masa tu memang tak tahu tentang ciri - ciri krim muka yang mengandungi merkuri ni. 

Ada sesetengah krim dicampurkan dengan bedak sejuk supaya nampak lebih cair dan tidak melekit.

#2.Tidak Homogen

Kalau kita biarkan krim tu, akan nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan yang padat.

#3. Kulit Putih Segera

Pakai banyak merkuri memanglah laju je kulit putih ya. Putihnya lain macam, nampak putih pucat. Macam pelik kalau kulit berubah dalam waktu yang singkat kan.

#4. Jerawat Susah Nak Tumbuh

Tidak dinafikan siapa yang tak nak muka naik jerawat. Tapi jangan terpedaya juga dengan krim muka yang jenis tak naik jerawat langsung. 

Ya lah orang perempuan mudah sangant terpengaruh. Jangan cepat gembira bila ini terjadi. Sebenarnya, kulit epidermis (lapisan kulit yang paling atas sekali) dah rosak. 

Kulit dah rosak tu dah hilang protein dan melanin yang sangat penting untuk melindungi kulit dari sinar uv.

#5. Bau Logam

 Merkuri ialah logam berat yang berbentuk cecair. So bau logam bau dia kuat menyengat, kalau wangi pun mungkin dah dicampur dengan perfume (pewangi).

#6. Warna Kebiasaannya Berwarna Putih Kuning

Krim siang kuning, krim malam putih. Tapi tak semua lah produk nak cakap ada merkuri, tapi wajib diragui.

#7. Berkilau Blink - Blink 

Tekstur kosmetik yang ada merkuri ni berkilau - kilau, kilat - kilat sikit. Cuba tengok kat kulit lepas pakai tu ada tak kilat - kilat. Ingat ya merkuri adalah logam sebab tu ia berkilat.

#8. Muka Breakout Bila Stop Pakai

Biasa kita terdengar kes, kalau stop pakai mula lah macam tak kena muka ni. Bintik - bintik tumbuh kat muka dan gatal-gatal. 

Lama - lama kulit jadi kehitaman dan kusam lebih teruk daripada sebelumnya. 

Nak jaga kulit muka ingat nak bajet pakai apa pun tak apa, asalkan jadi kulit putih mulus, tapi tak tahu kandungan bahan apa dalam krim muka. Itu lah padahnya.

#9. Kulit Sensitif Terhadap Matahari

Apabila kena matahari sekejap pun dah merah dan rasa terbakar.

Sekiranya tidak berhenti dari memakai produk krim muka yang ada merkuri ini, mungkin risiko penyakit lain pula yang timbul. 

Kesimpulan

Takut tak ? Jangan ambil ringan dengan krim muka yang ada merkuri ni. 

Sis tanya ni. Yang penting, sebelum membeli apa - apa produk skincare, pastikan korang survey, dan pastikan produk tersebut berdaftar di bawah KKM ( Kementerian Kesihatan Malaysia ) atau tidak.

Tak kira apa warna kulit, pastikan pilih produk kecantikan yang selamat dan tidak rosakkan kulit. 

Jadi pembeli yang bijak ok. Takut tak pasal - pasal banyak duit dah bazir. 

Korang boleh menyemak status notifikasi produk kosmetik dengan melayari lamanweb rasmi NPRA https://www.npra.gov.my/

Oh lupa, kalau korang nak tengok produk kosmetik mana yang ada racun berjadual tu boleh klik Sini

Baca Juga : 

2 Comments

  1. Macam macan produk ada sekarang ni. Janjikan perubahan yang cepat, jadi ramai yang tertipu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post