10 September 2018

author photo
 ASSALAMUALAIKUM..

CARA GORENG KEROPOK LEKOR GUNA AIR FRYER
                     
CARA GORENG KEROPOK LEKOR GUNA AIR FRYER || Salam semua, selamat bercuti ada yang masih mood bercuti. Semalam hari Keputeraan Agong kita Sultan Muhammad V. Hari Selasa ini cuti Muharram pulak. Apapun Selamat bercuti lah ya.

Siapa eh suka makan keropok lekor, Sejak goreng guna air fryer ni, memang tak ada dah minyak lebihan banyak simpan dalam kuali. hii. Senang kerja sikit. Lagipun, bila dah goreng sama macam goreng dalam minyak banyak. Seingat dulu, kalau dah habis goreng keropok lekor dalam kuali ini, mula lah pening nak simpan lebihan minyak tu kan. Mesti korang pun ada masalah yang sama. Kalau yang suka makan keropok lekor tu,wajib lah ada air fryer ni.

Nak goreng keropok lekor ni, kalau tak nak kering, spray - spray lah minyak ya. takut kering. Biasa buat memang spray minyak sikit. Oklah tu spray - spray jerr tu, bukan tenggelam minyak kan hii..Kalau nak lagi keropok lekor ni nampak garing, potong nipis - nipis, Wani suka potong nipis dan sederhana panjang sikit. Kalau tebal tak berapa nak suka hii.


CARA GORENG KEROPOK LEKOR GUNA AIR FRYER 

1. Keropok lekor di potong panjang sederhana
2. Letak dalam basket air fryer, spray kan sikit minyak dan keropok tu jangan letak banyak sangat.
3. Tutup basket dan pusing tombol suhu ke 180 C dan masa 20 minit.
4. Dalam tempoh 25 minit, balik - balikkan ya. insyaAllah garing elok kalau tak berapa nak garing boleh tambah masa.
5. Hidangkan panas - panas

Jemput tonton video di bawah cara goreng keropok lekor guna air fryer
                         

This post have 6 komentar

avatar
Shafyqah Azahar delete September 10, 2018 at 11:10 AM

senang betul kalau ada air fryer ni

Reply
avatar
Kin Naz delete September 10, 2018 at 6:11 PM

Mudah rupanya. Minyak pun tak banyak guna. Jimatla minyak. Yeay tabung dah nak penuh. Bolehlah beli air fryer nanti

Reply
avatar
Ana Suhana delete September 11, 2018 at 4:41 PM

Kepok lekor favourite ana satu family. Tp sebab xde air fryer goreng biasa je. Lps tu tos dengan kitchen towel. Nak kena beli juga air fryer ni.

Reply
avatar
Cik Ash delete September 11, 2018 at 7:54 PM

memang menjadi goreng hahhaha dah try guna dekat rumah aboh aritu

Reply
avatar
Zahirah Dzahir delete September 13, 2018 at 5:59 AM

Mudah dok tengok depa masak guna air fryer ni..dok kumpul duit nak beli jugak 1..

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete September 17, 2018 at 3:56 PM

tengah kumpul duit nak beli airfryer.. ikutkan macam2 nak beli =D

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram