CARA REBUS PERUT LEMBU NOXXA 30 MINIT - Blog Wani Sukarno

14 September 2018

CARA REBUS PERUT LEMBU NOXXA 30 MINIT

ASSALAMUALAIKUM..

cara rebus perut lembu noxxa 30 minit

Salam semua buat pembaca :)

CARA REBUS PERUT LEMBU NOXXA 30 MINIT || Cerita hari raya korban lepas tak habis lagi. Biasa buat apa dengan perut lembu ni eh, Kalau kat sini tak ada menu lain dah, kena buat menu air asam. Nak buat air asam perut lembu memang elok sangat guna perut lembu yang fresh bukannya beli di sejuk beku macam kat pasar raya tu. yang itu memang tak sesuai nak buat air asam perut lembu sebab tak sedap. Ini kisah hari raya haji tak habis lagi. dapat la jugak perut babat semua campur.

Jadi nak masak sekali harung guna noxxa. Tak lain tak bukan resepi yang sesuai ialah air asam perut lembu, Memang sinonim dah di Kelantan semua bermenu air asam. Lembu korban yang kena sembelih ini lembu muda, daging pun masak lembut elok tak adalah masak terlalu lama sangat. Kalau yang lambat nak masak, daging liat dan lambat nak lembut,  ni bergantung kepada usia lembu, kalau lembu tua, daging pun memang liat lambat nak lembut. Perasan kan. Ke kita pulak cakap sorang - sorang. :D.

Ada rezeki nak makan air asam perut lembu, terlebih dahulu kenalah bersihkan perut lembu dengan bersih buang segala kotoran.



Seperti biasa rebus guna noxxa, mungkin ada lagi yang masih tak tahu kan. Kalau atas dapur memang mahu berjam - jam lah jugak. Gambar atas ini perut lembu yang dah masak, Cukup 30 minit high pressure. memang dah lembut elok dah.


Perut lembu yang dah siap dihiris. Dan sedia untuk dibuat air asam perut. Nantikan next entri ya untuk air asam mudah yang biasa buat. :)

CARA REBUS PERUT LEMBU NOXXA 30 MINIT 

Bahan - bahan 

Perut lembu 
air secukupnya 

Cara - cara 

1. Perut lembu dicuci bersih 
2. Letak dalam inner noxxa dan masukkan air secukupnya, air jangan banyak sangat cukuplah sekadara paras perut lembu. Tak perlu sampai tenggelam, Perut lembu akan keluarkan air. 
3. Tutup tudung dan tombol ke pressure
4. Tekan High Pressure selama 30 minit dan tekan on
5. Selepas bunyi beep tekan off dan boleh lepaskan wap tombol ke steam 
6. Dah siap. Memang lembut elok dah HP dalam 30 minit. 


Jemput tonton CARA REBUS PERLUT LEMBU NOXXA 3O MINIT DI MY YOUTUBE CHANNEL 

5 comments:

Sis Lin said...

Baca entri ni, teringat kat Noxxa Sis huhuhu :(
Sedih beno rasa. Nak test HP tapi tak berani pulak.
Ramai syorkan jangan cuba, takut tekanan tak kuat, meletop pulak huhuhu

ejulz said...

terbaek :)

Husniey Husain said...

Kejap sangat tu 30 minit je masanya.

Siti Yang Menaip said...

tak penah masak perut sendiri selalu makan yang kat kedai or satay. hehe..

Noor syuhada said...

Salam kenal Wani..Adaa sini. Kelate memang suka sangat lah makn perut cicah air asam. Fav adaa, kerabu perut..adui kecur air liur..selalu tak jadi beli perut sebab fikir lambat sangat nak lembut..berjam. Lepas ni boleh guna Noxxa lah, pinjam mil sebelam rumah hahaha

https://adaainspiration.com