RESEPI BUBUR KACANG HIJAU DURIAN YANG SEDAP DAN MUDAH - Blog Wani Sukarno

06 September 2018

RESEPI BUBUR KACANG HIJAU DURIAN YANG SEDAP DAN MUDAH

ASSALAMUALAIKUM..

resepi bubur kacang hijau durian yang sedap dan mudah

RESEPI BUBUR KACANG HIJAU DURIAN YANG SEDAP DAN MUDAH || Ada lagi ke musim durian eh dah macam slow dah ni, Nak kongsi resepi bubur kacang durian ni ada orang nak tahu tak hii.. bubur kacang durian semua boleh buat kan. resepi yang sangat mudah jugak. Tak apa lah kongsi la juga kat blog. Musim durian, memang tak boleh lari kena buat juga bubur kacang durian dah jadi macam trend kan, habis semua menu nak kena ada durian. :D.

Guna kacang merah pun sedap jugak ataupun campur semua jenis kacang. Untuk resepi ini, biasa sekarang bila dah siap rebus kacang hijau, Wani pergi siap pindah masuk dalam periuk lain, sebab tak berapa nak suka nak stir fry masak bubur dalam noxxa. hii Dah jadi tabiat pulak sejak bila perasan bubur ni bila lama- lama dalam periuk makin kembang dah kuah pun cepat surut. Tak apalah 2 kali periuk pun haa. Buat rebus kacang hijau pun dah ok dah.

Kalau buat pengguna periuk ini yang perasan macam tu ada tak, periuk noxxa ni dia memang panasnya lama sikit nak banding periuk biasa. Kalau tak ada tak apalah, terpulang pilihan masing - masing jugak :).


Bubur kacang durian pernah buat dengan kacang merah, rasa lagi sedap dengan kacang merah hii.Bab Santan tu nanti korang nak setakat mana kuah pun tak apa, tapi lagi banyak kuah sedap sikit,, sebab letak durian ni, kuah jadi pekat. dan satu lagi pernah ternampak ada orang buat kacang hijau digoreng dulu, mesti lagi wangi kan. Nantilah next kita cuba :) yang resepi ini versi mudah sangat.

RESEPI BUBUR KACANG HIJAU DURIAN YANG SEDAP DAN MUDAH

Bahan - Bahan
2 cawan kacang hijau
3 1/2  cawan santan  atau secukupnya (guna santan segar lagi sedap )
gula melaka 1 keping ( bergantung kepada saiz )
durian 6 - 8 ulas ( bergantung kepada saiz ulas durian )
garam secukup rasa
1 helai daun pandan diikat ( kalau nak letak )

Cara - Cara
1. Kacang hijau direbus sehingga pecah lembut. Kalau ada periuk tekanan lagi mudah. Terpulang pilihan masing- masing ya.
2. Bila kacang hijau dah pecah lembut boleh masukkan santan, gula melaka, garam, dan letak daun pandan.
3. Kacau sehingga mendidih baru boleh letakkan ulas durian.
4. Didihkan lagi sehingga kuah mesra. Kalau rasa tak berapa nak manis, boleh nak tambah gula melaka
5. Dah siap boleh hidangkan


Jom tonton video bubur kacang hijau durian yang sedap dan mudah
                     

3 comments:

Ana Jingga said...

Masa musim durian dahulu memang kak ana pun sempat masakan bubur kacang durian ni Wani :)

Sha shikin said...

sedap bubur kacang hijau wani ambik gambar taip masak guna apa eh hahaha ekin kalau bab ambik gambar memasak ni xleh lg aduhaiii

Wani Sukarno said...

memang sedap shikin ambik gambar guna cam phone la.. hii