08 October 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM

6 sebab utama gigi terlalu kuning

Gigi kuning ? Siapa yang ada masalah gigi kuning. hii.. Tak nak mengaku semua, :D. Ok tak apa, jom kita check gigi kita samada gigi kita ini kuning ke atau gigi putih. Tapi rasanya kalau buat poll, mesti ramai nak gigi putih berbanding gigi kuning. Kebiasaannya, orang yang mempunyai gigi kuning berasa sedikit down sebab kehilangan aset utama iaitu senyuman yang menawan.

Sebenarnya, banyak faktor yang perlu diambil kira kenapa gigi terlalu kuning. Wani baru jer berborak dengan bonda dan dia cakap gigi kuning lagi tahan lama nak banding gigi putih. Sejauh mana kebenaran itu, diri sendiri pun tak tahu hii.. Korang yang gigi putih jangan lah asyik risau.

kalau masuk bab gigi suka sangat sebab suka jumpa dengan doktor gigi. hii. Entah kenapa orang lain takut sangat dengan doktor gigi, kita ok jerr hii. Ok lah jom kita baca apa yang menyebabkan gigi terlalu kuning.

6 SEBAB UTAMA GIGI TERLALU KUNING

1. Umur yang semakin meningkat
Apabila umur kita semakin meningkat, bukan sahaja sistem tubuh kita yang lemah malah ia juga memberi kesan kepada gigi. Gigi kuning disebabkan juga proses penuaan. Jadi, jangan rasa pelik kalau tengok makin lama makin kuning gigi kita. Enamel, iaitu ;apisan putih pelindung gigi yang kuat lama kelamaan akan menjadi haus.


2. Perokok 
Sekiranya anda seorang perokok, kebarangkalian gigi kuning memang terjadi sangat tinggi. Ia disebabkan daripada produk tembakau daripada rokok dan juga tembakau. Gigi semakin lama menjadi semakin gelap. Jadi, elakkan merokok, merokok kan bukannya elok pun untuk kesihatan.

3. Kebersihan oral tidak terjaga
Gigi dan mulut sekiranya tidak dijaga dengan betul, boleh membawa kesan lain seperti memepercepatkan perubahan warna gigi. Sekiranya tidak memberus, memflos apatah lagi untuk berkumur secara rutin banyak lagi masalah yang akan timbul.

4. Disebabkan penyakit yang dihidapi
Punca kurang lazim perubahan warna gigi adalah penyakit yang menjejaskan enamel, atau rawatan penyakit tertentu, seperti kemoterapi atau radiasi yang digunakan untuk merawat kanser. Untuk kes sebegini,perubahan warna adalah lebih kepada kecoklatan.

5. Gigi kuning dalam keturunan keluarga
Yang ini ada pernah dengar, gigi kuning sebab dalam keturunan keluarga mewarisi enamel yang lebih kuning berbanding dengan orang lain yang gennya berbeza
Itu sahaja 6 sebab utama gigi terlalu kuning. Tapi kalau yang gigi kuning ada jalan penyelesaiannya, jangan lah terasa down sangat ya, gigi kuning bukan salah satu tanda kesihatan yang serius walaupun ia berlaku secara perlahan - lahan.

Sumber: listerine.com.my

This post have 6 komentar

avatar
Shafyqah Azahar delete October 8, 2018 at 11:01 AM

oh baru tau, gigi kuning asal keturunan. nice info kak

jemput join ga sha ; http://www.shfyqhazhr.com/2018/10/giveaway-planner-2019-by-shfyqhazhrcom.html

Reply
avatar
Mrs. A delete October 8, 2018 at 12:39 PM

Gigi kalau kuning pun janganlah teruk sangat kan hahahaha...

Reply
avatar
Shikin Razali delete October 9, 2018 at 2:21 AM

Oooo, okey.. Hihi kita dah tua dah...

Reply
avatar
Wani Sukarno delete October 9, 2018 at 10:27 AM

pakai gigi palsu pun boleh jadi kuning jugak haaa :D

Reply
avatar
ejulz delete October 9, 2018 at 2:18 PM

gula2 mungkin salah satu penyebabnya..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram