6 TANDA DAN 8 SEBAB TERJADINYA KERACUNAN MAKANAN

ASSALAMUALAIKUM..

6 tanda dan 8 sebab terjadinya keracunan makanan

Baru - baru ini, kita dikejutkan dengan kes keracunan makanan laksa yang berlaku di Baling Kedah, makanan pulak laksa, dah la kita ni hantu laksa huu.. Kalau tak masak sendiri laksa memang beli jugak Wani, biasanya kat pasar pagi, lepas kempunan nak makan,, Setiap minggu wajb beli, tiba - tiba berlakunya kes macam ni jadi macam takut. Tapi alhamdulillah setakat beli sampai sekarang tak ada lagi yang pelik - pelik.

Keracunan makanan jangan diambil ringan, bahaya jugak. Keracunan makanan terjadi apabila makanan sudah tercemar. Kadang- kadang kita nampak macam elok lagi, padahal dah tak elok tapi pergi makan jugak kan. Abah memang alert sikit bab makan - makan. Kalau dulu sebelum ni, dia lah yang cerita, makanan kalau boleh lepas 4 jam memang kalau boleh jangan makan. Tapi kalau dah masak penat- penat tapi makanan tak habis, buat untuk makan malam lauk tu boleh tak, tapi lebih dari 4 jam tu..selalunya makan jugak huu.. ada tak macam Wani.

Sebab itulah bab penjagaan makanan perlu dititikberatkan takut jadi kes macam ni. Sepatutnya premis - premis menjual makanan jangan buat tak tahu dan adakalanya mereka mungkin terlepas pandang perkara berkaitan tentang penjagaan makanan. Lebih lagi kalau makanan tu nak dihidangkan kepada orang ramai.


Keracunan makanan kalau tak mendapat rawatan awal boleh mendatangkan kematian.

6 TANDA TERJADINYA  KERACUNAN MAKANAN

Apabila berlakunya keracunan makanan, tubuh individu tersebut akan mengalami tanda - tanda seperti di bawah :

1. Rasa loya
2.Cirit - birit
3. Sakit perut
4. Berpeluh / demam
5. Sakit kepala

Sekiranya mengalami salah satu tanda di atas, cepat - cepat ke klinik ataupun hospital untuk mendapatkan rawatan. Nampak macam sakit ringan tapi kalau tak mendapatkan rawatan terus boleh membawa padah.

8 SEBAB TERJADINYA KERACUNAN MAKANAN

Terdapat banyak sebab ataupun faktor kenapa keracunan makanan boleh terjadi. Sila ambil perhatian sekiranya tak nak berlakunya keracunan makanan. kadang - kadang makanan di rumah pun boleh mengakibatkan keracunan makanan bukan setakat makanan yang dibeli di kedai. Di antara sebab tersebut adalah :

1. Makanan yang ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama lebih dari 4 jam
2. Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna
3. Makanan yang tidak disimpan dengan baik (makanan mentah yang disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak)
4. Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna
5. Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak
6. Makan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna
7. Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih
8. Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun


Bab penyediaan makanan jangan pandang ringan, kalau tak memang sebab kat atas itu lah puncanya. Diharapkan selepas ini, tiada lagi kejadian yang tidak diingini membabitkan keracunan makanan. Kalau tak silap, selalu ada kes keracunan makanan saban tahun kan. Mudah- mudahan samaada memasak sendiri makanan di rumah atau membeli makanan di kedai, sama - sama lah kita menjaga kebersihan penyediaan makanan yang hendak dimasak dari awal masak sampai ke langkah terakhir dalam penyediaan makanan.

Sumber : Bahagian keselamatan & Kualiti Makanan

3 Comments

  1. rasanya sha kena keracunan makanan haritu sebab lupa basuh tangan, huhuhu elaps ni kena hati hati

    ReplyDelete
  2. Pernah kena keracunan yang teruk. Masa tu dalam perjalanan balik kampung, singgah makan kat kedai. Aduhh perit sungguh lah. Sampai masuk air semua. Sejak tu agak berhati-hati nak makan kat luar. Kat rumah pun, kena pastikan semua sayur sayur, telur, dan lauk mentah di cuci dengan elok.

    ReplyDelete
  3. liez hantu laksa jugak.. memang terkejut ladgn insiden tu.. tapi maybe dihari kejadian laksa dia penyebab kot.. sbb org tu nak berniaga berbelas tahun tak pernah jadi lagi..liez naik seram nak makan laksa dkt luar pulak

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post